MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Perkara Yang Membatalkan Wuduk


Dalam menyimpulkan permasalahan ini di dalam kitab Al-Taqrirat Al-Sadidah menyatakan perkara yang membatalkan wuduk ada empat (4) iaitu: 

1. Keluar sesuatu daripada kedua jalan (qubul dan dubur) melainkan keluar mani. Ini kerana keluarnya mani diwajibkan mandi dan ia merupakan perkara yang lebih utama dilakukannya dahulu.

2. Hilang akal sama ada dengan tidur atau selainnya. Melainkan (tidak membatalkan wuduk) sekiranya tidur dalam keadaan duduk yang tetap punggungnya di atas tempat duduknya.

3. Bersentuhan (kulit) di antara lelaki dan wanita ajnabi (boleh berkahwin) secara langsung iaitu tanpa berlapik.

4. Menyentuh qubul dan dubur dengan telapak tangan.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus 

Post a Comment

0 Comments