Timbalan Menteri Malaysia Datuk Seri Wan Dr Azizah Wan Ibrahim merasmikan penutupan Perak International Expo 2019 (piex'19) bertempat di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak, Malaysia.
Program ini menggabungkan empat (4) komponan utama di bawah satu payung iaitu Pangkor Dialogue, Pride of Perak, Perak Start-up Festival dan Expo Halal Antarabangsa 2019 yang berjaya menarik sekitar 20,000 pengunjung.
Sebanyak 400 kiosk pameran dibuka sepanjang 4 hari expo ini berlangsung dan berjaya menarik ramai pempamer antarabangsa untuk mempamerkan produk dan peekhidmatan mereka.
PIEX 2019 juga turut mempamerkan pavilion khas seperti My Perak Rumahku bagi mempromosi projrk perumahan mampu milik dan "Love My Palm Oil Campaign" bagi mempromosi penggunaan produk sawit di peringkat antarbangsa serta memberi penjelasan terhadap salah faham yang berlaku memgenai industri sawit yang dikatakan tidak mampan dan lestari di kalangan masayarakat anatarbangsa.
Sumber : IG drwanazizah
Sumber : IG drwanazizah
0 Comments