Penjagaan kehamilan trimester pertama adalah sangat
penting dan perlu diuruskan dengan baik kerana sebarang kemungkinan boleh
berlaku termasuk keguguran.
Selain itu, kesihatan fizikal dan mental anak bakal
lahir dipengaruhi oleh penjagaan kehamilan trimester pertama sehingga ketiga.
Alahan adalah salah satu penjagaan yang perlu diambil
berat selain daripada penjagaan makanan dan pengambilan makanan tambahan. Jangan ambil
ubat tanpa nasihat doctor dan jauhi asap rokok.
Trimester Pertama (Minggu 1 -12)
Alahan ketika pada awal trimester
- Sensitif kepada rasa
- Loya
- Muntah
- Mabuk
- Sensitif kepada bau
Perkara yang digemari ketika tidak hamil menjadi
perkara yang asing atau tidak disukai pada awal mengandung disebabkan perubahan
hormon mendadak.
Cara Mengatasi
- Terdapat ubatan yang bantu kurangkan mual/loya
- Ada keadan di mana ibu perlu dipantau dalam wad
- Ibu yang tidak mampu minum langsung atau terlampau kering (dehidrasi) perlu dinilai oleh doktor untuk pemberian bendalir (fluid) melalui salur darah.
Jika lahan teruk sehingga tidak mampu minum atau
makan, perlu berjumpa doctor untuk pemeriksaan
Sekiranya puan mengalami muntah yang teruk, puan perlu
mendapatkan nasihat doktor
Sumber: myhealth.gov.my
0 Comments