MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penguatkuasaan Larangan Merokok Bermula 1 Januari 2020


Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan akan bermula pada 1 Januari 2020. Semua premis makanan diwartakan sebagai tempat larangan merokok bermula 1 Januari 2019, selari dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018.


Namun demikian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melanjutkan tempoh penguatkuasaan pendidikan bagi larangan merokok di tempat-tempat makan bermula  Januari 2019 sehingga Disember akhir tahun 2019. Lanjutan tempoh tersebut dibuat bagi memberikan peluang secukupnya kepada perokok untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang bahaya kesan merokok serta kawasan larangan merokok.

Cadangan tempoh pendidikan itu dipersetujui dalam satu mesyuarat Jawatankuasa Pemandu yang dipengerusikannya pada 16 April 2019 dan disertai 10 kementerian lain dan satu (1) wakil badan bukan kerajaan.

Mengikut Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 mana-mana individu yang melakukan kesalahan merokok di tempat larangan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun.

Tahun 2019 KKM giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan selain menekankan aspek pendidikan dalam isu berkenaandengan statistik sebayak 46,607 premis makanan diperiksa di seluruh negara dan 31,422 notis amaran dikeluarkan, dengan 27,759 premis diberi amaran kerana gagal meletakkan tanda larangan merokok.

Sejumlah 23,805 aduan mengenai kesalahan merokok di kedai makan sejak Januari sehingga November 2019.

KKM juga telah mengeluarkan notis amaran kepada 3,889 individu yang didapati merokok di premis kedai makan selepas diwartakan sebagai kawasan larangan merokok bermula 1 Januari 2019 lalu.

Sumber: Bernama, Berita Harian & penulis sendiri



Post a Comment

0 Comments