MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pembahagian Rukun Solat


Rukun adalah wajib dibuat di dalam solat, berikut di senaraikan pembahagian 13 Rukun Solat:-

Rukun Qauli (Perkataan / Bacaan)

1. Takbiratul Ihram (menyebut Allahu Akbar)
2. Membaca Al-Fatihah 
3. Membaca Tahiyyat Akhir 
4. Selawat atas Nabi pada Tahiyyat Akhir 
5. Salam yang pertama (menyebut Assalamualaikum Warahmatullah)

Rukun Qalbi (Hati)

1. Niat
2. Tertib

Rukun Fi'li (Perbuatan)

1. Qiyam (berdiri betul)
2. Rukuk 
3. Ik'tidal
4. Sujud
5. Duduk antara dua sujud 
6. Duduk membaca Tahiyyat Akhir 

Rukun Qauli wajib dilafaz pada bibir mulut dan didengari sekurang-kurangnya oleh telinga sendiri. Tidak sah solat jika ia hanya dibaca di dalam hati.

Sekiranya perlukan penjelasan lanjut boleh bertanyakan kepada Ustaz,  Imam,  Ahli Agama dan sewaktu dengannya.

Sumber:  Ceramah Agama 

Post a Comment

0 Comments