MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pelancaran Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara


Menteri Pertanian dan Asas Tani Malaysia Datuk Seri Salahuddin Ayub melancarkan Pelan Pembangunan Industri Kelulut Negara 2020 -2030 pada hari ini 30 November 2019 bertempat di Pentas Budaya & Senitani Plaza Angsana, Johor. 

Pelan dibangunkan dengan kerjasama pintar Jabatan Pertanaian Malaysia bersama pakar dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Universiti Malaysia Terangganu (UMT), Institut Genom Malaysia (MGI) dan Akademi Kelulut Malaysia (AKM)  selain pemain industri, adalah usaha kerajaan mengangkat industri ini untuk menjadikan ia sumber pendapatan yang baharu mampan dan kukuh.

Sehingga kini seramai 717 usahawan terlibat dalam pengeluaran dan penternakan madu kelulut di seluruh negara dan pelan ini dijangka dapat membantu usahawan meraih pendapatan tinggi dengan melihat kepada pasaran antarabangsa.

Kerajaan begitu komited untuk membantu pemain industri  kelulut ini, memberikan potensi serta peluang perniagaan kepada anak muda disamping secara saintifiknya madu kelulut ini menyumbang kepada kesihatan.


Sumber : Bernama 


Post a Comment

0 Comments