MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Panduan Semasa Kemurungan


Kemurungan adalah gangguan perasaan seseorang yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih berpanjangan,  keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta hilang minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan sekurang-kurangnya 2 minggu. Penyakit ini boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung sehingga  berbulan - bulan atau bertahun - tahun.

Sekiranya seseorang itu memgalami kemurungan perkara yang perlu dilakukan bagi mengatasinya di bawah dikongsikan beberapa panduan untuk manfaat bersama:-
  1. Bercakap dengan seseorang yang anda percayai.
  2. Terima hakikat bahawa anda mungkin hidap kemurungan.
  3. Dapatkan bantuan profesional, mulakan dengan anggota/rakan/orang terdekat dengan anda.
  4. Teruskan dengan aktiviti yang anda suka laukukan semasa sihat.
  5. Amalkan cara hidup sihat.
  6. Elakkan pengambilan alkhol dan dadah.
  7. Pendekatan dengan melakukan amalan agama adalah sangat mujarab seperti perbanyakkan Solat wajib dan sunat, membaca Al-quran, berzikir, bersedekah dan banyakkan berdoa kepada Allah swt.
Semoga panduan di atas dapat memberikan manfaat bersama, elakkan kemurungan kekalkan hidup harmoni.

Sumber : KKM dan penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments