MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Panduan Menghadapi Temuduga



Setiap pemohon yang memohon perkerjaaan masa yang dinanti-nanti adalah peluang untuk dipanggil temuduga atas jawatan atau kekosongan kerja yang dipohon. Berikut di kongsikan panduan menghadapi temuduga.

1. Dress For Success, baju di gosok dan jangan pakai selipar.

Pastikan memilih pakaian yang sesuai semasa hendak menghadiri temuduga, pakaian yang kemas dan bersih first impression untuk penemuduga menilai dari segi luaran.

2. Buat kajian tentang syarikat atau organisasi yang menawarkan temuduga tersebut.

Bekalan ilmu pengetahuan tentang syarikat atau organisasi adalah penting, sekiranya persoalan mengenai core business syarikat atau organisasi di tanya mudah untuk calon menjawab persoalan tersebut.

3. Datang awal, jangan lewat 

Bagi memudahkan belajar menepati waktu dan  persiapan mental serta keperluan seperti lain seperti pergi tandas.

4. Berikan salam atau ucap selamat 

Salam dan ucap selamat adalah budi bahasa seseorang apabila berdepan dengan individu yang dihormati samada pangkat,  ilmu dan kedudukkannya. Ucapkan terima kasih kepada penemuduga atas peluang dan ruang yang diberikan terpilih dalam temuduga.

5. Buat sendiri resume / CV anda elakkan tiru bulat - bulat resume rakan anda atau melalui headhunters.

Melalui resume/CV yang dihasilkan sendiri menghasilkan kreatifviti sendiri, kerana kita tahu apa yang kita mahu bagi penghasilan CV yang sesuai.

6. Bawa karya atau hasil kerja yang anda telah buat.

Sekiranya ada bawa bagi penerangan kepada penemuduga,  sebaik-baiknya gunakan komputer riba /tablet sebagai bukti dan memudahkan penerangan kepada penemuduga.

7.  Sebaik - baiknya ingat nama penemuduga 

Penemuduga akan menghargai mereka yang mengingati nama mereka 

8. Jadi diri sendiri tetapi jangan sombong dan sangat membantah penemuduga.

Armada situasi ini jadi diri sendiri dan menghormati pandangan dan jawapan penemuduga,  gunakan menang-menang situasi.

9. Banyakkan membaca isu semasa 

Penemuduga suka bertanyakan isu semasa kerana mahukan pandangan dan kepekaan calon terhadap persekitaraan ekonomi,  sosial,  politik dan sebagainya.

10. Bertanyakan jangkaan yang diharapkan oleh penemuduga dalam tempoh 3 bulan pertama 

11. Mengucapkan terima kasih atas kepada penemuduga kalo boleh hantar email secara berasingan kepada penemuduga.


Kepada semua calon yang berjaya dipanggil temuduga jangan sia-siakan peluang yang diberikan lakukan yang terbaik, peluang mungkin hanya sekali. Semoga panduan di atas bermanfaat untuk kita semua.

Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia dan Penulis Sendiri 






Post a Comment

0 Comments