MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Panduan Memandu Di Dalam Hujan


Malaysia adalah negara penerima hujan yang banyak setiap tahun, lazimnya hujung tahun dan Jabatan Metrologi Malaysia telah mengeluarkan amaran Monsun Timur berlarutan sehingga Mac 2020.



Berikut dikongsikan panduan-panduan pemanduan kenderaan semasa cuaca hujan. 

  1. Kurangkan kelajuan kenderaan untuk mengurangkan 'hydroplane' bermaksud keadaan kenderaan terapung di atas lapisan air.
  2. Sekiranya kenderaan anda tergelincir, cuba kawal kenderaan anda atau lepaskan pedal minyak untuk mengurangkan kelajuan kenderaan.
  3. Berikan konsentrasi yang lebih ketika anda memandu.
  4. Pastikan kenderaan anda bergerak pada kelajuan tidak melebihi 80 km/j.
  5. Nyalakan lampu utama kenderaan anda ketika hujan lebat untuk membolehkan kenderaan anda boleh dilihat oleh pemandu yang lain.
  6. Pastikan kenderaan anda berada 100 meter (4 Saat) di hadapan semasa memandu di dalam hujan.
  7. Jangan nyalakan lampu isyarat kecemasan ketika kenderaan anda sedang bergerak. Gunakan lampu isyarat kecemasan sekiranya anda terpaksa berhenti di lorong kecemasan.
  8. Elakkan daripada berhenti di lorong kecemasan kerana pemandu lain mungkin sukar melihat kenderaan anda.
  9. Rancang perjalanan untuk menggunakan jalan yang biasa dilalui bagi memudahkan perjalanan dan mengelak dari jalan yang berlubang.
  10. Berhenti di kawasan yang sesuai atau stesen  minyak berhampiran sekiranya hujan terlalu lebat.

Semoga panduan yang diberikan di atas bermanfaat untuk kita bersama. Sekiranya anda mempunyai pendapat boleh komen di ruangan komen.

Sumber : JKJR dan Penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments