Berikut dikongsikan Panduan/Tips keselamatan kanak-kanak ketika menjalankan aktiviti-aktiviti yang melibatkan air, sama ada air kolam, air sungai, taman rekreasi dan seumpamanya:-
- Memastikan cuaca bersesuaian sebelum melakukan aktiviti di kawasan rekreasi -badan air.
- Membaca dan memahami setiap amaran dan panduan keselamatan yang tertera di papan tanda keselamatan di air.
- Mematuhi langkah-langkah keselamatan seperti pemakaian jaket keselamatan atau pelampung ketika berada di air.
- Menjalankan aktiviti air di kawasan tumpuan dan memastikan terdapat penyelamat keselamatan berhampiran kawasan rekreasi atau badan air.
- Ketahui kedalaman kolam di setiap sudut kerana kedalaman setiap sudut adalah berbeza.
- Perhatikan persekitaran kolam sama ada mempunyai alat bantuan keselamatan seperti pelampung dan jaket.
- Jangan sesekali berenang bersendirian kecuali terdapat penyelamat di tepi kolam.
- Melakukan regangan sebelum masuk ke kolam bagi mengelakkan kekejangan otot.
- Pastikan pencahayaan di sekitar kolam adalah cukup.
- Gunakan tangga yang disediakan yang ada disetiap kolam apabila masuk kolam, jangan sesekali melompat terus ke dalam kolam.
- Berhati-hati dengan lantai yang licin disebabkan terkena air kolam dan kaki yang basah.
- Elakkan mandi sekiranya dasar dan bucu kolam pecah atau mempunyai retakan, keadaan ini boleh menyebabkan kecederaan sekiranya terpijak.
Pastikan ibubapa mengambil perhatian dalam menjaga anak-anak semasa menjalankan aktiviti di dalam air:-
- Memantau pergerakan anak-anak semasa menjalankan aktiviti air, jangan lalai dan alpa.
- Pastikan lokasi dan cuaca semasa menjalankan aktiviti air selamat dan bercuaca baik.
- Memastikan anak-anak memakai atau menggunakan alat keselamatan yang dibekalkan atau kepunyaan sendiri.
- Jangan benarkan anak-anak bermain atau menjalankan aktiviti di kawasan rekreasi atau badan air yang berisiko tinggi.
- Sentiasa mengambil perhatian terhadap anak-anak.
Semoga panduan keselamatan dan panduan kepada ibubapa di atas bermanfaat untuk kita semua bagi memastikan anak-anak dalam keadaan selamat apabila menjalankan aktiviti air di luar sana.
Sumber : Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) & JAPEN Malaysia.
0 Comments