MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Panduan Keselamatan Semasa Banjir


Mengikut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan Monsun Timur Laut bermula pada 24 Oktober 2019 sehingga Mac 2020. hujan lebat diramal berlaku menyebabkan kejadian banjir. Dijangkakan mengalami 4 episod hujan lebat diramal berlaku.

Banjir dijangka berlaku di kawasan rendah & kerap banjir akibat hujan berterusan

Fasa awal, hujan lebat dijangka berlaku di:-
  1. Kelanatan
  2. Terangganu
  3. Pahang
  4. Johor
Januari sehingga Februari 2020 hujan lebat dijangka lebih tertumpu di Sarawak dan Sabah. 

Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang risiko kejadian banjir boleh menjadi lebih buruk.

Sentiasa mengutamakan keselamatan dan mematuhi arahan yang diberikan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Panduan keselamatan semasa banjir:-
  1. Tutup semua suis utama elektrik, injap utama bekalan air dan gas sebelum meninggalkan rumah.
  2. Elakkan dari meredah jalan raya yang ditenggelami air.
  3. Jangan sesekali menghampiri dawai elektrik yang jatuh ke dalam air.
  4. Jangan biarkan kanak-kanak/anak-anak bermain air banjir kerana boleh mengakibatkan berbagai penyakit yang berbahaya dan juga mengancam nyawa.
  5. Pindah segera ke Pusat Pemindahan (PPS) banjir apabila diarahkan.
  6. Jagalah keselamatan diri/keluarga anda semasa banjir
Pada masa sama sediakan keperluan berikut di dalam beg plastik agar dokumen/barang dalam keadaan selamat dan tidak basah.
  1. Wang tunai
  2. Makanan dalam tin
  3. Wisel
  4. Lampu suluh
  5. Air minuman-isi dalam bekas bersih
  6. Bateri tambahan
  7. Dokumen penting seperti Kad Pengenalan , Surat Lahir dan lain-lain
  8. Ubat-ubatan & bekalan
  9. Radio berkuasa bateri
  10. Pakaian & peralatan mandian
Pihak kerajaan Malaysia di bawah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan Agensi Pengurausan Bencana Negara (NADAMA) juga telah mengambil langkah yang sewajarnya dengan mengeluarkan Notis Kesiapsiagaan Operasi Bencana Banjir.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri/Daerah diaktifkan dan memastikan setiap pusat pemindahan dilengkapi dengan keperluan asas dan Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) memastikan segala aset pengopersaian mencukupi dan berada di dalam keadaan yang baik dan bersedia untuk digunakan.

Sebarang pertanyaan dan bantuan yang diperlukan semasa banjir boleh menghubungi NDCC & NADAMA di talian:

No. Telefon: 03-8064200
No. Fax: 03-80635420
E-mel: ndc@nadama.gov.my; opsroom@nadama.gov.my


Sumber: NADMA, NDCC & Kementerian Kesihatan Malaysia

Post a Comment

0 Comments