MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Panduan Cegah Kanser


Berikut dikongsikan panduan atau tips tentang cara-cara mencegah penyakit penyakit kanser bagi manfaat bersama:-

1. Jangan tinggal sarapan pagi. Mengambil sarapan yang banyak digalakkan. Jika tidak sarapan, asid yang ada di dalam perut akan menyebabkan toksid.

2.  Makan buah-buahan sebelum makan.

3. Di awal pagi, minum air yang agak masam seperti lemon atau epal supaya asid di dalam perut bertukar menjadi alkali.

4. Bawang putih tidak perlu dikisar hancur. Nanti khasiat pada bawang putih akan hilang. Cukup sekadar ketuk sahaja untuk kekalkan khasiat yang ada padanya. Kata beliau, semua masakan bagus jika diletakkan bawang putih.

5. Serai juga sangat bagus untuk kesihatan badan.

6. Banyakkan makan buah-buahan.

7. Sayuran, jika boleh jangan makan mentah. Celur sekejap untuk hilangkan kuman yang ada.

8. Peminat kopi, ubah cara minum. Yang paling betul adalah minum kopi sebelum sarapan, bukan selepas makan. Khasiat pada kopi akan hilang jika diminum selepas makan.

9. Jangan makan maggi. Ia adalah punca utama penyakit kanser. Awasi anak-anak.

10. Kurangkan makan makanan segera dan gula-gula, terutama kepada kanak-kanak. 

11. Nasi lemak bagus untuk kesihatan, tetapi jangan makan bersama kerang atau sotong.

12. Jika mahu minum teh tarik, pastikan dibilas dengan air putih.

Banyak lagi perkongsian beliau tentang penyakit kanser. Boleh dengar ceramah beliau di YouTube.

Satu perkara lagi, Prof. Ir. Dr. Fatimah binti Ibrahim pernah menyebut bahawa penyakit kanser tiada ubat. Ubat yang dimakan adalah untuk mencegah sel kanser daripada merebak.

Katanya lagi, penawar yang paling mujarab bagi penyakit kanser adalah solat tahajjud di waktu malam dan hubungan yang rapat dengan Allah.

Sentiasa positif dengan bersangka baik dengan takdir Allah 

Silakan share jika bermanfaat 

Sumber : Ustaz Hanafiah Abdul Malik & WhatApps 

Post a Comment

0 Comments