Perdana
Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad
berkata Malaysia tidak boleh berdiam diri atau teragak-agak untuk
mengambil tindakan balas sekiranya negara pengimport memilih untuk mengenakan
halangan perdagangan yang mendiskriminasikan negara pengeluar minyak sawit.
Sekiranya
ada bukti amalan perdagangan diskriminasi seperti itu melanggar mana-mana
undang-undang antarabangsa, Malaysia dan negara-negara pengeluar lain yang
berada di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Sawit (CPOPC) perlu mendapatkan
itervensi daripada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Terdahulu
Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan kongres minyak sawit terbesar dunia, Kongres
dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) anjuran Lembaga Minyak Sawit
Malaysia (MPOB), yang berlangsung hari ini (19.11.2019) di Pusat Konvensyen
Kuala Lumpur dari 19 hingga 21 Nov 2019.
Pada
masa sama Tun Dr Mahathir Mohamad
melancarkan teknologi mengekstrak fenolik sawit berkelas dunia yang dibangunkan
oleh ahli sains di Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Fenolik sawit merupakan sebatian bioaktif boleh larut air yang amat berkhasiat.
Ketua Pengarah MPOB, Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir menyatakan “Kajian oleh MPOB membuktikan fenolik sawit memiliki pelbagai khasiat kesihatan termasuk aktiviti antioksida, antidiabetik, antihipertensi, perlindungan saraf dan antikeradangan.
“Ujian praklinikal dan klinikal mengesahkan ia amat berkhasiat dalam melindungi otak dan kesihatan jantung. Justeru, fenolik sawit digunakan secara meluas dalam sektor kesihatan dan kesejahteraan, termasuk nutraseutikal, kosmeseutikal serta industri makanan dan minuman kesihatan.
Teknologi
tersebut telah dilesenkan kepada Phenolaeis Sdn Bhd yang mempunyai hubungan
kukuh dengan Massachusetts Institute of Technology (MIT), rakan kongsi
kerjasama MPOB.
Sumber:
Bernama, IG Jabatan Penerangan Malaysia
Baca juga: Perasmian PIPOC
0 Comments