Kementerian Pendidikan menawarkan pakej mata
pelajaran kepada pelajar sekolah menengah di tingkatan 4 dan 5 apabila penggal
persekolahan dibuka Januari 2020 tahun depan.
Dengan sedikit pengubahsuaian kepada sistem sedia
ada, pelajar akan dapat memilih empat pakej, yang merupakan kombinasi mata
pelajaran teras dan elektif.
Bagaimanapun, mata pelajaran elektif bergantung
kepada sama ada sesebuah sekolah memiliki guru atau kemudahan untuk menawarkan
mata pelajaran tersebut.
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Habibah Abdul
Rahman berkata demikian kepada media di Bangunan Bahagian Sumber dan Teknologi
di Kuala Lumpur.
Habibah juga berkata adalah tidak tepat untuk
mengatakan aliran sastera dan sains sekarang akan dimansuhkan, kerana pada
dasarnya, kementerian telah memansuhkan dasar mengikut aliran itu pada tahun
2000.
"Kita tak atur pelajar mengikut aliran, tapi
pelajar mempunyai pilihan mata pelajaran elektif mengikut pakej bagi seronokkan
sekolah dan murid, kami sediakan pakej.
"Sekolah mungkin tidak boleh menyediakan
semua (mata pelajaran) elektif kerana bergantung pada kemudahan sekolah dan jika
terdapat guru untuk mengajar," katanya.
Apabila sekolah dibuka semula pada Januari 2020,
pelajar Tingkatan 4 dan pelajar 5 boleh memilih salah satu pakej berikut:
- Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) A:
Mata
pelajaran teras, tiga mata pelajaran sains tulen dan matematik tambahan.
Pelajar boleh menambah sehingga empat mata pelajaran elektif lain, termasuk
bahasa.
- STEM B:
Mata
pelajaran teras, dua mata pelajaran sains tulen, matematik tambahan,
sekurang-kurangnya satu sains gunaan atau elektif bukan sains.
- STEM C:
Mata
pelajaran teras, dua sains gunaan atau elektif teknikal atau elektif
vokasional.
- Kemanusiaan dan Sastera:
Mata
pelajaran teras dan elektif dari subjek bahasa, pendidikan Islam, sastera dan
kemanusiaan dan / atau satu STEM elektif. (Subjek vokasional tidak termasuk
dalam STEM elektif.)
Pendidikan
jasmani dan kesihatan wajib untuk semua pelajar, tetapi ujian hanya dilakukan
di peringkat sekolah sahaja, kata Habibah.
Mata
pelajaran sejarah dan Bahasa Malaysia kekal sebagai mata pelajaran wajib lulus
untuk SPM, manakala 12 mata pelajaran kekal bagi SPM.
Mata
pelajaran teras adalah:
- Bahasa Malaysia
- Bahasa inggeris
- Matematik
- Sains (kecuali pelajar yang mengambil mata pelajaran sains tulen)
- Sejarah; dan
- Pengajian Moral / Pengajian Islam (kecuali pelajar yang mengambil mata pelajaran pengajian Islam yang berkaitan)
Beliau berkata kementerian itu menawarkan pakej
supaya pelajar dapat memenuhi syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi
untuk kursus tertentu.
'Pelajar bagus dinasihatkan ambil sains tulen'
Pelajar juga akan diberi bimbingan untuk memilih
pakej yang bersesuaian dengan mereka mengikut keputusan PT3, penilaian di
sekolah dan keputusan ujian psikometrik, katanya.
Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian
Pendidikan, Mohamed Abu Bakar berkata "pelajar yang bagus" mungkin
dinasihatkan untuk mengambil mata pelajaran sains tulen dan diletakkan dalam
kelas yang mengambil pakej STEM A.
Beliau berkata sekolah perlu menasihati secara
bijak kerana menggugurkan subjek tertentu boleh mengehadkan peluang, walaupun
pelajar cemerlang dalam mata pelajaran yang mereka pilih.
"Kamu tidak boleh membuang fizik dan cuba
masuk dalam bidang perubatan," katanya.
Habibah berkata kementerian lebih suka sekolah
menjadi seperti universiti, di mana pelajar boleh menentukan jadual mereka
sendiri berdasarkan mata pelajaran yang diambil.
Bagaimanapun, beliau berkata sekolah di Malaysia
tidak bersedia ke arah itu dan pelajar tetap dianjurkan untuk mengikut kelas
yang mengambil pakej yang sama.
"Sekolah boleh aturkan pergerakan yang minimum
jika pelajar mengambil pakej yang berbeza, tetapi mereka (kebanyakannya) akan
tetap duduk di kelas mereka, berbanding kelas tetap (dan pelajar
bergerak)," katanya.
Senarai mata pelajaran elektif menengah atas,
menurut kumpulan:
Bahasa
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Kadazandusun
- Bahasa Iban
- Bahasa Semai
- Bahasa Perancis
- Bahasa Jepun
- Bahasa Jerman
- Bahasa Korea
- Bahasa Cina Komunikasi
- Bahasa Arab
Pengajian
Islam
- Pendidikan Al Quran dan Al Sunnah
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Tasawur Islam
- Usul Al Din
- Al-Syariah
- Al-Manahij Al-Umum Al-Islami
- Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah
- Al-Adab Wa Al-Balaghah
- Hifz Al-Quran
- Turath Dirasat Al-Islamiah
- Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah
- Turath Bahasa Arab
Sastera
Ikhtisas dan Kemanusiaan
- Prinsip Perakaunan
- Ekonomi
- Perniagaan
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Muzik
- Geografi
- Kesusasteraan Melayu
- Kesusasteraan Inggeris
- Kesusasteraan Cina
- Kesusasteraan Tamil
- Pengajian Keusahawanan
Kesenian
- Lukisan
- Sejarah & Pengurusan Seni Reka Bentuk
- Reka Bentuk Kraf
- Reka Bentuk Industri
- Seni Halus 2D
- Seni Halus 3D
- Reka Bentuk Grafik
- Multimedia Kreatif
- Aural & Teori Muzik
- Alat Muzik Utama
- Muzik Komputer
- Produksi Seni Persembahan
- Tarian
- Koreografi Tari
- Apresiasi Tari
- Lakonan
- Sinografi
- Penulisan Skrip
Sains Tulen & Matematik Tambahan
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Matematik Tambahan
Sains
Gunaan dan Teknologi
- Sains Tambahan
- Grafik, Komunikasi dan Teknikal
- Asas Kelestarian
- Pertanian
- Sains Rumah Tangga
- Reka Cipta
- Sains Komputer
- Sains Sukan
- Pengajian Kejuruteraan Awam
- Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
- Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
- Lukisan Kejuruteraan
Vokasional
- Produksi Reka Tanda
- Hiasan Dalaman
- Kerja Paip Domestik
- Pembinaan Domestik
- Pembuatan Perabot
- Reka Bentuk Grafik
- Produksi Multimedia
- Katering dan Penyajian
- Pemprosesan Makanan
- Rekaan dan Jahitan Pakaian
- Penjagaan Muka dan Penggayaan Rambut
- Asuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
- Gerontologi Asas dan Geriatik
- Pendawaian Domestik
- Menservis Peralatan Elektrik Domestik
- Menservis Automobil
- Kimpalan Arka dan Gas
- Menservis Motosikal
- Menservis Peralatan Penyejuk dan Penayaman Udara
- Lanskap Dan Nurseri
- Tanaman Makanan
- Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
Sumber:
Kementerian Pendidikan
0 Comments