MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Nafkah Isteri Bekerja


Soalan:

Isteri mempunyai pekerjaan dan pendapatan sendiri. Adakah masih wajib suaminya memberi nafkah kepadanya?

Jawapan:

Wajib atas suaminya memberikan nafkah kepada isteri sama ada isterinya itu miskin atau kaya dan sama ada isterinya ada pendapatan sendiri atau tiada.

Tersebut dalam himpunan fatwa negri Mesir:

Erinya: "Bermula nafkah iseri itu wajib ia atas suaminya sekalipun isteri itu bekerja. Maka sungguh telah tetaplah wajib memberi nafkah akan isteri itu atas suami apabila isteri itu telah tinggal bersama suaminya dan layak untuk dijimak dan tiada terhalang darinya tanpa sebarang uzur syarak."

Berkata Imam Ibnu Qudamah:

Ertinya: Dan atas suami membayar nafkah isterinya iaitu perkara yang tidak dapat tidak dari keprluan dan pakaian. Dan apabila isteri telah menyerah dirinya bagi suaminya atas jalan yang wajib maka suami wajib memberi nafkah isterinya itu daripada makanan dan minuman dan pakaian dan tempat tinggal."

(Kitab Al-Mughni)

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Post a Comment

0 Comments