MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Memerlukan Bantuan Kewangan


WANITA Orang Kurang Upaya (OKU) ketidakupayaan fizikal terpaksa menangguhkan beberapa temujanji untuk rawatan penyakit buah pinggang yang dihidapi sejak 10 tahun lalu berikutan kesempitan hidup.

Norini Abdullah, 33, yang disahkan menghidap penyakit itu pada 2009 berkata, dia sepatutnya perlu menghadiri temujanji dengan pakar perubatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian pada setiap bulan.

“Ada kalanya dalam tempoh sebulan saya perlu menghadiri sehingga empat kali temujanji, namun disebabkan kekangan kewangan serta pengangkutan, saya terpaksa hubungi hospital untuk menukar tarikh atau menolaknya.

“Setiap kali berulang alik ke hospital saya perlu membayar tambang kereta sewa sekitar RM100 untuk perjalanan dari rumah yang terletak di Pasir Puteh ke Kubang Kerian.
“Saya tidak berkemampuan kerana tidak bekerja dan mengharapkan bantuan bulanan sebanyak RM400 sebulan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK)
“Selepas kematian ibu dan ayah sejak 26 tahun lalu, saya hidup sendirian dan tidak mahu menyusahkan abang dan kakak yang sudah berkeluarga,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Kampung Baru Pupoh, Selising, Pasir Puteh, baru-baru ini.
Terdahulu, kisah hidup Norini tular di Facebook (FB) sehingga mendapat perhatian orang ramai.
Menceritakan perihal penyakit yang dihidapi, Norini berkata, dia tidak menyangka kesukaran untuk membuang air kecil sejak sepuluh tahun lalu adalah petanda dia menghidap penyakit buah pinggang.
“Pada ketika itu saya kerap berasa sakit setiap kali membuang air kecil dan selepas membuat pemeriksaan di hospital, doktor mengesahkan saraf pundi kencing saya sudah rosak sekali gus memberi kesan kepada buah pinggang.
“Disebabkan keadaan itu saya terpaksa menjalani tiga pembedahan bagi membuat saluran kencing di bahagian perut pada 2010 dan sejak itu terpaksa memakai beg air kencing seumur hidup. Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau komplikasi, setiap tiga bulan sekali saya akan menukar sendiri beg air kencing ini,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan bantuan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 03003-41-00012852-2 atas nama Norini Abdullah atau boleh menghubunginya di talian 017-877 9521.

Sumber : Harian Metro 

Post a Comment

0 Comments