MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Maulidur Rasul



Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) atau Maulud Nabi Muhammad SAW ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad SAW. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal sempena keputeraan Nabi/kelahiran Nabi Muhammad saw yang jatuh pada Isnin (Dari hadis riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah SWT. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi

Setiap tahun di Malaysia dan seluruh dunia pada hari Maulidur Rasul, umat Islam akan mengadakan majlis dan aktiviti bagi memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW. Bagi di Malaysia Maulidur Rasul SAW disambut dengan perarakan secara besar-besaran dan diadakan pertandingan dalam perarakan tersebut yang melibatkan Kementerian, Jabatan, Organisasi, Syarikat GLC, Syarikat Swasta, Institut Pengajian Tinggi Awam/Swasta, Sekolah dan Pertubuhan-Pertubuhan Keagamaan.

 “Negara Rahmah Ummah Sejahtera” adalah tema Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1441H/2019 bersamaan 9 November bagi negara Malaysia.



Diantara kelebihan yang terkandung didalam menyambut Maulidur Rasulullah SAW :-

Asas Perpaduan Dalam Islam

Nabi  Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:  

“Sesungguhnya syaitan  itu  kepada  manusia  ibarat  serigala  dengan  kambing,  ia  akan  menyerang kambing yang terlepas dan duduk bersendiri. Jauhilah kamu dari  berpecah  belah,  hendaklah  kamu  bersama-sama  dengan  jemaah,  orang ramai dan masjid.”
 
(Riwayat Imam Ahmad).

Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang kaum dan agama yang membawa pelbagai dimensi kepercayaan, adat dan budaya yang memerlukan hidup dalam aman dan hormoni semestinya perpaduan adalah asasnya. Perpaduan  menurut  perspektif  Islam  terjalin  melalui  dua  ikatan  iaitu perpaduan sesama anggota masyarakat Islam dan perpaduan antara kaum  Muslimin  dengan  kaum  bukan  Islam.

Perpaduan Sesama Masyarakat Islam

Firman Allah SWT dalam al-Qur’an yang bermaksud: 

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai...”
 
(Ali‘Imran: 103).

Kekuatan perpaduan  sesama  masyarakat  Islam  akan dapat dicapai sekiranya prinsip asas seperti penyerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan, mengadaptasi akhlak mulia dalam kehidupan harian, sayang menyayangi, bertolak ansu, tolong menolong  antara  satu  sama  lain  dalam  mengalakkan  kepada  kebaikan  dan  mencegah  kemungkaran “Amar Mahruf Nahi Mungkar”.

Firman Allah SWT yang bermaksud:  

“Dan jika dua puak dari orang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya...”
 
(al-Hujurat:9).

Rasulullah Model & Tokoh Sepanjang Zaman

Firman Allah SWT yang bermaksud: 


“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah SAW contoh ikutan yang baik.”

(al-Ahzab:21).


Dalam hidup bermasyarakat juga, Nabi SAW mengajar beberapa amalan lain yang amat perlu dicontohi. Ini bersandarkan kepada sebuah Hadith yang bermaksud: 

“Hak seorang Muslim terhadap Muslim lainnya ada 6 perkara para sahabat bertanya, apakah dia wahai Rasulullah SAW. Baginda bersabda apabila bertemu, berilah salam kepadanya, apabila dipanggil terimalah jemputannya, apabila diminta beri nasihat, nasihatkanlah, apabila ia bersin dan mengucapkan alhamdulillah, maka jawablah yarhamkallah, apabila ia sakit maka ziarahilah dan apabila ia meninggal dunia, hantarlah jenazahnya sampai ke kubur.”
 
(Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berbicara dengan baik atau lebih baik ia diam (dalam hal yang tidak berkaitan), sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia menghormati jiran tetangganya, dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya.”
 
(Riwayat Muslim).

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berbicara dengan baik atau lebih baik ia diam (dalam hal yang tidak berkaitan), sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia menghormati jiran tetangganya, dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia menghormati tetamunya.”
 
(Riwayat Muslim).

Hadis di atas menunjukkan akhlak dan peribadi Rasulullah SAW dalam kehidupan harian, pergaulan dengan keluraga, sahabat, jiran dan hak-hak sesame muslim. Sekiranya nilai-nilai mulia di atas ada dalam masyarakat sesabuah keluarga, organisasi, syarikat dan negara sudah pastinya cemerlang dalam sekecil-kecil urusan sehinggalah sebesar-besar urusan.

Sempena sambutan Maulidut Rasul 1441H/2019 pada 09 November ini,  marilah kita sama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad saw dan memupuk semangat cintakan sunnah Nabi Muhammad semoga kita tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat darinya.


Sumber: JAKIM, Wikipedia dan penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments