MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Malaysia vs Thailand kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023


Pasukan Malaysia atau dikenali dengan panggilan Harimau Malaya menewaskan pasukan Thailand dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sebentar tadi dengan jaringan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kula Lumpur. 

Thailand terlebih dahulu menghasilkan gol pembukaan pada minit ke-7 menerusi Chanathip Songkrasin.

Walaubagaimanapun Malaysia bangkit asakan demi asakan akhirnya membuahkan hasil apabila Brendan Gan menyumbat gol penyamaan di kawasan kotak penalti hasil hantaran tepi dan mudah disempurnakan menjadikan 1 Malaysia dan 1 Thailand sehingga tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula Malaysia berusaha melipat gandakan serangan dan tidak kurang juga serangan balas dari Tahiland,  namun kelebihan bermain di Malaysia dengan sokongan dan semangat pemain serta penyokong akhirnya membuahkan hasil apabila Mohamadou Sumareh menyumbang gol kemenangan pada minit ke- 56  menjadikan Malaysia mendahului Thailand dengan jaringan 2 berbalas 1.

Keputusan 2-1 kekal sehingga tiupan wisel menandakan tamatnya perlawanan dan memberikan kemenangan mutlak buat Malaysia.


Keberanian Tan Cheng Hoe melakukan rombakan kecil dalam senarai kesebelasan utama termasuk menyenaraikan Syamer Kutty Abba di bahagian tengah, Syahmi Safari di benteng kanan dan penjaga gol, Khairulazhan Khalid tampak membuahkan hasil.

Malaysia akan berdepan Indonesia di gelangggang sama Stadium Nasional Bukit Jalil pada 19 November 2019 ini.
Syabas diucapkan kepada pasukan Malaysia atas kemenangan ke atas Thailand.

Sumber : IG Ultras Malaya,  Berita Harian dan Youtube. 

Post a Comment

0 Comments