Pertandingan Bola Sepak Kelayakan Kejuaraan B-19 AFC 2020 yang berlangsung di Stadium Kebangsaan Olimpik, Phnom Penh, Kemboja selaku tuan rumah (Konfederasi Bolasepak Asia) menyaksikan kemenangan berpihak kepada Malaysia apabila berjaya mengatasi Brunei dengan jaringan besar 11 - 0 malam ini (6 November 2019).
Ia adalah kemenangan kali kedua (2) buat skuad B-19 AFC 2020 Malaysia. Perlawanan pertama Malaysia apabila berjaya menewaskan tuan rumah (Kemboja) dengan jaringan 5 - 4 pada 3 November 2019.
Jaringan gol perlawanan disumbangkan oleh :-
- Luqman Hakim Shamsudin (m-21,22,24 & 41)
- Muhammad Azrin Afiq (m-17),
- Muhammad Azam Azmi (m-31 & 60),
- Mohd Aiman Afif (m-39, 84 & 90),
- Harith Haiqal Adam (m-58).
Kemenangan itu menyaksikan skuad muda negara menghuni tangga kedua kumpulan G dan berkongsi enam mata bersama pendahulu, Thailand.
Perlawanan ketiga (3) Malaysia akan menentang Northern Mariana Islands pada 8 November 2019 (Jumaat) di tempat dan Stadium yang sama.
Perlawanan ketiga (3) Malaysia akan menentang Northern Mariana Islands pada 8 November 2019 (Jumaat) di tempat dan Stadium yang sama.
Sumber : FAM, Berita Harian dan Youtube
0 Comments