Menteri
Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad telah merasmikan Majlis
Pelancaran e-wallet (Boost) di Klinik Kesihatan Cheras, Kula Lumpur hari ini
(26 November 2019).
KKM
menerima bilangan pesakit berbayar yang ramai di klinik kesihatan seluruh
Malaysia iaitu :-
- Pada tahun 2017 seramai 20.85 juta orang.
- Pada tahun 2018 seramai 20.84 juta orang.
- Setakat bulan September 2019 seramai 15.58 juta orang
Kehadiran
pesakit yang ramai tersebut adalah disebabkan perkhidmatan berkualiti yang
diberikan oleh KKM dengan kadar caj yang paling rendah.
Warganegara
menikmati perkhidmatan yang diberikan pada kadar caj pendaftaran sebayak RM1
bagi perkhidmatan kesihatan am dan caj pendaftaran sebanyak RM5 bagi
perkhidmatan pakar di Jabatan Pesakit Luar Pakar. Caj yang dikenakan juga
termasuk caj perundingan, siasatan dan ubatan.
Ini Jelas menterjemahkan kerajaan memberi subsidi yang amat besar bagi perkhidmatan kesihatan
kepada rakyat Malaysia.
Melalui
penggunaan e-wallet (Boost), pesakit yang datang mendapatkan rawatan di klinik-klinik
kesihatan mempunyai pilihan untuk menggunakan aplikasi Boost dalam membuat
pembayaran selain secara tunai, kad kredit dan kad debit.
Penggunaan
aplikasi Boost ini memudahkan dan dapat mengurangkan masa pendaftaran serta
masa menunggu di kaunter-kaunter pendaftaran serta seterusnya meningkatkan
penyampaian perkhidmatan di klinik-klinik kesihatan.
KKM
telah mula melaksanakan penggunaan Boost secara rintis pada bulan September
2019 di empat (4) klinik kesihatan iaitu:-
- Klinik Kesihatan Cheras
- Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
- Klinik Kesihatan Presint 18 Putrajaya
- Klinik Kesihatan Seremban
Seterusnya,
penggunaan e-wallet (Boost) tersebut akan diperluaskan ke klinik-klinik
kesihatan serta hospital-hospital secara berfasa.
Kementerian berharap semua fasiliti KKM dapat menggunakan dan menikmati kemudahan mekanisme e-wallet (Boost) dalam urusan pembayaran bil dalam tempoh jangkamasa dua hinggga tiga tahun akan datang.
Baca juga : KKM Perkenalkan E-Wallet
Baca juga : E-Wallet & Jenis E-Wallet
Kementerian berharap semua fasiliti KKM dapat menggunakan dan menikmati kemudahan mekanisme e-wallet (Boost) dalam urusan pembayaran bil dalam tempoh jangkamasa dua hinggga tiga tahun akan datang.
Baca juga : KKM Perkenalkan E-Wallet
Baca juga : E-Wallet & Jenis E-Wallet
Sumber : KKM
0 Comments