Sememangnya menjadi tugas yang sangat mencabar sekiranya seseorang pelakon diberi tugas untuk membawa watak Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad.
Azhar Amir. 43 dipilih untuk menggalas watak sebagai Tun Dr Mahathir dalam filem Mahathir The Journey bukan mudah baginya pasti ramai yang mempersoalkan pemberian watak tersebut kepadanya.
Dalam uji bakat untuk filem ini ada beberapa calon yang lebih popular darinya, lebih - lebih lagi watak yang dilakonkan akan menonton filem lakonnya ini, katanya.

Selain Azhar, Fauziah Latiff diumumkan membawa watak sebagai Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Filem ini turut dijayakan Hilal Azman yang melakonkan watak Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dian P Ramlee (Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail).
Sementara itu, pengarah Mahathir The Journey, Prof Dr Hatta Azad Khan berkata, filem itu bakal mendedahkan perkara yang tidak diketahui ramai mengenai Dr Mahathir dan gambaran jelas sejarah politik negara.
Filem ini mengisahkan perjalanan kehidupan Tun Mahathir selepas meletak jawatan pada 2003.
“Skrip filem ini sudah mendapat persetujuan Pejabat Perdana Menteri. Malah, produksi merombak skrip sebanyak 12 kali bagi memastikan tiada fakta salah,” katanya.
Membabitkan kos RM6 juta, filem Mahathir The Journey bakal menjalani penggambaran mulai pertengahan bulan depan. (Disember 2019).
Sumber: Berita Harian
Sumber: Berita Harian
0 Comments