Pengeluar
kereta nasional, Proton Holdings Bhd pada 24 September 2019 melancarkan logo
dan slogan baharu ‘Inspiring Connections’. Ia sebagai usaha menyuntik semangat
baharu terhadap penjenamaan serta menggariskan wawasan untuk muncul sebagai
satu jenama automotif global dan moden.
Sentuhan
ciri logo baharu itu antaranya memaparkan rekabentuk kepala harimau yang
diangkat lebih tinggi, menjadi simbol Proton ibarat kepala anak panah yang
dihalakan untuk memacu dan mencapai kejayaan di masa depan.
Logo dan Slogan Baharu
Lambang Harimau yang terdapat di kereta Proton telah dikemaskini kepada
sesuatu yang lebih menarik, dengan sentuhan warna perak yang mewakili jati diri
Malaysia.
Logo kepala harimau ini diangkat tinggi, seperti anak panah yang
melambangkan kejayaan Proton untuk terus maju ke hadapan.
Slogan baharu Proton 'Inspiring Connections' menampilkan aspirasi
jenama ini untuk mengguna pakai teknologi dan mobiliti bagi mewujudkan hubungan
kemanusiaan yang memberi inspirasi kejayaan dalam kehidupan.
Logo baharu Proton ini akan mula digunakan pada SUV pemasangan
tempatan, X70 CKD dan diteruskan dengan model-model Proton baharu akan
datang.
Penjenamaan
semula Proton dipacu oleh tiga nilai teras iaitu:-
Teknologi Inovatif
Proton
akan terus memastikan produk-produknya dilengkapi dengan teknologi terbaik,
seperti ciri pintar "Hi Proton" pada model-model facelift yang
dilancarkan tahun ini.
Kebolehpercayaan
Proton
mahu para pelanggan untuk terus mempercayai jenama Proton sama ada ia
melibatkan kereta, dan juga perkhidmatan selepas jualan.
Matlamat
ini boleh dicapai menerusi peningkatan kualiti produk dan juga mengaplikasikan
piawaian global dan amalan terbaik, termasuklah latihan kakitangan yang
berterusan.
Antarabangsa
Proton
bercita-cita besar untuk menjadi jenama global dan menjadi salah sebuah
daripada tiga jenama besar terbaik di rantau ASEAN.
Proton akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan perniagaannya d
peringkat global, memanfaatkan keupayaan rantaian bekalan yang bertaraf
antarabangsa, menarik bakat di peringkat global dan menggunapakai teknologi
global untuk menjadi jenama automotif global yang kompetitif.
Sumber: Protoncars, RTM, Careta.my, Youtube
0 Comments