MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Logo Baharu Proton 2019



Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd pada 24 September 2019 melancarkan logo dan slogan baharu ‘Inspiring Connections’. Ia sebagai usaha menyuntik semangat baharu terhadap penjenamaan serta menggariskan wawasan untuk muncul sebagai satu jenama automotif global dan moden.

Sentuhan ciri logo baharu itu antaranya memaparkan rekabentuk kepala harimau yang diangkat lebih tinggi, menjadi simbol Proton ibarat kepala anak panah yang dihalakan untuk memacu dan mencapai kejayaan di masa depan.



Logo dan Slogan Baharu

Lambang Harimau yang terdapat di kereta Proton telah dikemaskini kepada sesuatu yang lebih menarik, dengan sentuhan warna perak yang mewakili jati diri Malaysia. 

Logo kepala harimau ini diangkat tinggi, seperti anak panah yang melambangkan kejayaan Proton untuk terus maju ke hadapan.

Slogan baharu Proton 'Inspiring Connections' menampilkan aspirasi jenama ini untuk mengguna pakai teknologi dan mobiliti bagi mewujudkan hubungan kemanusiaan yang memberi inspirasi kejayaan dalam kehidupan. 


Logo baharu Proton ini akan mula digunakan pada SUV pemasangan tempatan, X70 CKD dan diteruskan dengan model-model Proton baharu akan datang. 

Penjenamaan semula Proton dipacu oleh tiga nilai teras iaitu:-

Teknologi Inovatif

Proton akan terus memastikan produk-produknya dilengkapi dengan teknologi terbaik, seperti ciri pintar "Hi Proton" pada model-model facelift yang dilancarkan tahun ini.

Kebolehpercayaan

Proton mahu para pelanggan untuk terus mempercayai jenama Proton sama ada ia melibatkan kereta, dan juga perkhidmatan selepas jualan.

Matlamat ini boleh dicapai menerusi peningkatan kualiti produk dan juga mengaplikasikan piawaian global dan amalan terbaik, termasuklah latihan kakitangan yang berterusan.

Antarabangsa

Proton bercita-cita besar untuk menjadi jenama global dan menjadi salah sebuah daripada tiga jenama besar terbaik di rantau ASEAN.

Proton akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan perniagaannya d peringkat global, memanfaatkan keupayaan rantaian bekalan yang bertaraf antarabangsa, menarik bakat di peringkat global dan menggunapakai teknologi global untuk menjadi jenama automotif global yang kompetitif.

Sumber: Protoncars, RTM, Careta.my, Youtube 

Post a Comment

0 Comments