MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kerusi Solat Kelainan Upaya (KESOKU)


Dari Ibn Umar r.a, beliau berkata bahawa telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah saw lalu bertanya apakah perkara yang paling disukai oleh Allah swt di dalam Islam? Nabi Muhammad saw bersabda:

الصَّلَاةُ لِوَقْتِهَا، وَمَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ فَلَا دِينَ لَهُ، وَالصَّلَاةُ عِمَادُ الدِّينِ
Maksudnya: “Solat pada waktunya, barangsiapa yang meninggalkan solat maka tiadalah agama baginya dan solat itu merupakan tiang agama”. [Riwayat al-Baihaqi (2550) di dalam al-Syu’ab]

Berdasarkan hadis di atas pengasas dan pencipta produk Sunnah Noor Arjuna Abdul Ghani mengambil inisiatif untuk memudahkan bagi mereka yang uzur dan Kelainan Upaya (OKU) dengan mencipta Kerusi Solat Orang Kelainan Upaya (KESOKU).


Hadis Rasulullah saw yang bermaksud: 

"Solatlah secara berdiri, jika kamu tidak mampu lakukanlah secara duduk, dan jika kamu tidak mampu juga buatlah secara mengiring"

(Hadis Riwayat Bukahri ,1066)

"Maka bertakwahlah kamu kepada Allah swt menurut kemampuanmu..."

(al-Taghabun:16)



KESOKU adalah inovasi kerusi solat bagi golongan uzur dan kelainan upaya (OKU) yang mematuhi kesemua 13 rukun solat dalam keadan duduk yang ditetapkan syarak.


Direkabentuk secara ergonomik, mudah digunakan, dipasang serta disimpan. Ianya juga beroda, ringan dan mudah dibawa kemana-mana.

Amat sesuai bagi makmum-makmum yang uzur dan berkelainan upaya untuk melaksanakan soalat 5 waktu, solat sunat dan solat sunat terawih dibulan Ramadhan.


KESOKU dilengkapi dengan panduan solat duduk yang mematuhi syarak, mengikut garis panduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Sumber: Portal muftiwp, IG KESOKU dan RTM.

Post a Comment

0 Comments