MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kertas Putih Pertahanan


Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang bakal dibentangkan tahun ini 2019 akan menggariskan prinsip dan menerangkan  polisi berkaitan pertahanan dan keselamatan negara. Dokumen ini disediakan melalui pendekatan whole-of-government dan whole-of-society bagi mendapatkan input dan maklum balas secara komprehensif di semua peringkat daripada kepimpinan negara sehinggalah rakyat Malaysia.

Apa itu Kertas Putih Pertahanan?

Satu dokumen pernyataan niat, kemampuan juga menggariskan arah tuju pertahanan dan keselamatan negara.

Secara ringkasnya merupakan dokumen terbuka yang memberikan penerangan secara jelas berhubung peranan rakyat, agensi dan organisasi pertahanan selain anggota tentera dalam mempertahankan negara.

KPP juga bersifat umum serta tidak mengandungi maklumat sulit dan sensitif berhubung keselamatan negara.

Kertas Putih Pertahanan (KPP) dibangunkan berdasarkan 3 Prinsip:-

  1. Telus
  2. Inklusif
  3. Berasaskan Bukti
Objektif pembangunan kertas putih pertahanan (KPP) 
  1. Mengkaji semula  dasar pertahanan negara bagi  mengenalpasti kelemahan dan jurang.
  2. Menganalisa persekitaraan strategik serantau dan global termasuk kepentingan - kepentingan Malaysia dan cabaran isu-isu keselamatan.
  3. Mengubal preskripsi dasar untuk kertas putih pertahanan dan membangunkan pelan tindakan yang diperlukan. 
  4. Meneliti kedudukan sektor pertahanan dalam hierarki whole-of-government dan panduan - panduan strategi keselamatan kebangsaan.
  5. Mengkaji prestasi sektor pertahanan dan memahami isu-isu serta keberkesanannya.
Keperluan kertas putih KPP dibangunkan :-

Evolusi kepada dasar pertahanan negara.

Negara
  1. Pendirian - keberadaan pendapat dan pandangan Malaysia.
  2. Menyumbang di dalam proses membina dasar pertahanan global.
kerajaan
  1. Tadbir urus yang baik melalui prinsip ketelusan, keterbukaan dan inklusif.
  2. Profesionalisme dan Accountable.
  3. Penanda aras keterbukaan kerajaan terhadap bidang pertahanan yang selalu dianggap sebagai terhad dan ekslusif.
Pembangunan Kertas Putih (KPP) Melibatkan:-

Sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) Dipengerusikan oleh Perdana Menteri Malaysia  dan Jawatankuasa Dasar yang dipengerusikan oleh Menteri Pertahanan.

Melibatkan Pemegang - Taruh Pertahanan, Pemegang - Taruh Keselamatan , Pemegang - Taruh Nasional dan Jawatankuasa Pilihan Parlimen & Penasihat-Penasihat Pertahanan.
Sumber : Kementerian Pertahanan Malaysia 

Post a Comment

0 Comments