MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kehebatan Fadhilat Al-Quran


Hazrat 'Abdullah bin Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah swt maka untuknya diberi satu 'hasanah' (kebaikan) sebagai ganjaran bagi huruf itu dan satu hasanah adalah sama dengan sepuluh pahala. Aku tidak berkata (Alif, lam, mim) sebagai satu huruf tetapi (alif) adalah satu huruf, (lam) adalah satu huruf dan (mim) adalah satu huruf".

(Hadith riwayat Tirmizi)

Hazrat 'Uthman bin 'Abdullah bin Aus Thaqafi r.a meriwayatkan daripada datuknya bahawa Rasulullah saw bersabda, "Membaca al-Quran tanpa mashaf (yakni bacaan melalui ingatan) mendapat seribu darjat pahala dan membaca al-Quran dengan melihat mashaf menggandakan pahala sehingga dua ribu darjat."

(Hadith riwayat Baihaqi)

"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al-Quran dan yang mengajarkanya".

(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Didiklah anak-anak kalian kalian untuk tiga hal, iaitu mencintai Nabi kalian, mencintai ahli bait (keluarga) beliau dan membaca Al-Quran. Kerana para pemangku Al-Quran akan berada dalam naungan Allah pada hari kiamat ketika tiada naungan selain naungan Allah, bersama para Nabi dan orang-orang pilihan Allah.

(Hadith riwayat Ad-Dailami)

Sumber: Fadhilat Quran Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariyya Rahmatullahi'Alaihi,  dan thecapal.

Post a Comment

0 Comments