Apabila kanak-kanak berdiri di saf hadapan pada sebelah kanan atau sebelah kiri dan bukan berdiri dibelakang imam maka tidak harus dialih mereka ke belakang.
Berkata Syeikh Khatib Syarbini:
Ertinya: "Jikalau kanak-kanak hadir dahulu maka tidak dikebelakangkan kanak-kanak itu untuk orang lelaki dewasa sebagaimana jikalau berlumba mereka kepada saf yang awal maka sungguhnya kanak-kanak itu berhak dengannya atas qaul yang sahih.
Hanyalah dikebelakangkan kanak-kanak atas lelaki dewasa sebagaiamana kata Imam Al-Azra'i apabila tidak muat mereka itu oleh saf lelaki dewasa dan jika tidak disempurnakan saf dengan kanak-kanak tersebut."
(Kitab Mughni Muhtaj)
Menyebut oleh Al-Hafiz Syeikh Zakari Al-Ansari:
Ertinya:"Dan tidak dialihkan kanak-kanak yang hadir awal bagi lelaki dewasa yang hadir kemudian kerana kanak-kanak itu termasuk jenis lelaki."
(Kitab Asnal Matholib)
Tersebut pada Lajnah Fatwa Negeri Oman:
Ertinya: "Apabila adalah kanak-kanak pada saf yang awal sebelah kanan atau kiri imam dan bukan berdiri betul-betul di belakang imam maka tidak harus bagi siapa pun menyingkirkannya kerana siapa dahulu sampai ke tempat ibadat maka dia yang berhak dengannya".

Sumber : Ustaz Azhar Idrus
0 Comments