Bank
Negara Malaysia (BNM) kemungkinan besar akan mengambil pendirian 'tunggu dan
lihat' dan mengekalkan kadar dasar tidak berubah pada 3.0 peratus dalam
mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) keenamnya esok, kata Standard
Chartered Bank (Stanchart).
Standard
Chartered Bank (Stanchart) berpendapat,
BNM ‘mempunyai ruang untuk menentukan respons terhadap dasarnya dengan
mengambil kira pertumbuhan domestik yang berdaya tahan’.
“Dalam mesyuaratnya
pada September 2019, bank pusat itu mengekalkan pendirian 'neutral'.
“Ia membuat penilaian
agak negatif terhadap kedudukan pertumbuhan global tetapi menonjolkan daya
tahan ekonomi domestik, mengambil perhatian bahawa penggunaan swasta meningkat
dan struktur eksport negara yang dipelbagaikan telah menyederhanakan impak
terhadap permintaan global yang semakin perlahan.
“BNM juga mengekalkan
unjuran pertumbuhan bagi 2019 pada 4.3 hingga 4.8 peratus,” katanya dalam
penyelidikan globalnya hari ini.
StanChart berkata,
Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada 11 Oktober lalu, mengesahkan pandangan
kerajaan bahawa pertumbuhan domestik adalah berdaya tahan, dengan pertumbuhan
2019 diiunjurkan pada 4.7 peratus dan 4.8 peratus pada 2020.
Intipati Belanjawan Tahun 2020
Intipati Belanjawan Tahun 2020
Ia juga akan memberi
perhatian berhubung pandangan BNM mengenai bagaimana kedudukan domestik yang
mengalami perubahan ketara sejak mesyuarat terbaharu itu, berdasarkan daya
tahan ekonomi domestik adalah pemacu utama bagi tempoh beberapa suku yang lalu.
“Penggunaan swasta berdepan
kesan asas yang tinggi pada separuh kedua 2019, bagaimanapun, dengan
pertumbuhan kredit menunjukkan tanda-tanda semakin menurun.
“Penyaluran pinjaman
kepada isi rumah turun 0.8 peratus tahun ke tahun sebanyak 3mma (permohonan
pinjaman) pada Ogos daripada setinggi 11.1 peratus 3mma setahun yang lalu
disebabkan oleh pengecualian cukai,” katanya.
Baca Juga : BNM Kekalkan OPR
Baca Juga : BNM Kekalkan OPR
Sumber : BERNAMA
0 Comments