MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Jangkaan OPR BNM




Bank Negara Malaysia (BNM) kemungkinan besar akan mengambil pendirian 'tunggu dan lihat' dan mengekalkan kadar dasar tidak berubah pada 3.0 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) keenamnya esok, kata Standard Chartered Bank (Stanchart).

Standard Chartered Bank (Stanchart) berpendapat, BNM ‘mempunyai ruang untuk menentukan respons terhadap dasarnya dengan mengambil kira pertumbuhan domestik yang berdaya tahan’. 

“Dalam mesyuaratnya pada September 2019, bank pusat itu mengekalkan pendirian 'neutral'.

“Ia membuat penilaian agak negatif terhadap kedudukan pertumbuhan global tetapi menonjolkan daya tahan ekonomi domestik, mengambil perhatian bahawa penggunaan swasta meningkat dan struktur eksport negara yang dipelbagaikan telah menyederhanakan impak terhadap permintaan global yang semakin perlahan.

“BNM juga mengekalkan unjuran pertumbuhan bagi 2019 pada 4.3 hingga 4.8 peratus,” katanya dalam penyelidikan globalnya hari ini.

StanChart berkata, Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada 11 Oktober lalu, mengesahkan pandangan kerajaan bahawa pertumbuhan domestik adalah berdaya tahan, dengan pertumbuhan 2019 diiunjurkan pada 4.7 peratus dan 4.8 peratus pada 2020.

Intipati Belanjawan Tahun 2020

Ia juga akan memberi perhatian berhubung pandangan BNM mengenai bagaimana kedudukan domestik yang mengalami perubahan ketara sejak mesyuarat terbaharu itu, berdasarkan daya tahan ekonomi domestik adalah pemacu utama bagi tempoh beberapa suku yang lalu.

“Penggunaan swasta berdepan kesan asas yang tinggi pada separuh kedua 2019, bagaimanapun, dengan pertumbuhan kredit menunjukkan tanda-tanda semakin menurun.

“Penyaluran pinjaman kepada isi rumah turun 0.8 peratus tahun ke tahun sebanyak 3mma (permohonan pinjaman) pada Ogos daripada setinggi 11.1 peratus 3mma setahun yang lalu disebabkan oleh pengecualian cukai,” katanya.

Baca Juga : BNM Kekalkan OPR

Sumber : BERNAMA

Post a Comment

0 Comments