Soalan:
Membawa haiwan (kucing) ke masjid
Jawapan:
Hukum membawa haiwan masuk ke dalam masjid adalah makruh tetapi tidak haram.
Berkata Imam Nawawi :
Ertinya: "Berkata Imam Mutawali dan lainnya: Dan dimakruhkan memasukkan haiwan dan orang gila dan budak-budak yang belum mumayyiz ke dalam masjid kerana sungguhnya tidak aman dari mereka ini boleh mengotorkan masjid tetapi tidak haram hukumnya."
(Al-Majmu'Syarah Al-Muhazzab)
Wallahua'lam
Sumber: USatz Azhar Idrus
0 Comments