MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan Hadiah Sastera Tunas Cipta 2017-2018


Yang Berhormat (YB) Dr Maszlee bin Malik menyempurnakan dan mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan Hadiah Sastera Tunas Cipta 2017-2018 yang berlangsung di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semalam.


Anugerah ini ialah anatara anugerah sastera yang sangat berprestij di tanah air/Malaysia selepas augerah Sasterawan Negara. Dan anugerah sebegini akan diperluaskan lagi demi memastikan penulis-penulis kita terus diangkat ke persada lebih tinggi.

Jika ditanyakan siapakah penulis? Pantas dijawab, penulis ialah seorang pelakar keabadian, kata Dr Maszlee bin Malik.


Seorang penulis akan kekal megah mengangkat sauh budaya di tengah geloranya samudera, dan akal tekal menjunjung khazanah bangsa di tengah reruntuhan kota.

Seorang penulis, seperti kata T. Alias Taib, “di matanya duka berdesir, di jiwanya luka mengalir”. Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis semalam dengan penuh gemilang

Tanpa sasterwaan, tanpa penulis, negara ini akan tandus dan mati.


Pada masa sama, Ruhaini Matdarin dari Sabah mengungguli genre Novel melalui karyanya, Hari-hari Terakhir di Jesselton, manakala Roslan Jomel dari Sarawak mengungguli genre Kumpulan Cerpen (Roden yang Cenderung Terjun dari Atas Bangunan).

Turut mengungguli kategori sama ialah bekas Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaaffar bagi genre Autobiografi melalui naskhah Jejak Seni Dari Pentas Bangsawan ke Media Prima Berhad. Dua lagi pemenang bagi kategori sama ialah Ahmad Muzafar Baharudin dan Rahimah A Hamid, masing-masing mengungguli genre Kumpulan Puisi melalui naskhah Sepasang Sayap di Bahu) dan Kajian Sastera (Proses Kreatif Sensitiviti dan Kreativiti Pengarang).

Wartawan BH, Hafizah Iszahanid turut diumumkan pemenang Kategori Cerpen Eceran melalui Mulieres dan membawa pulang wang tunai RM1,500.

Selain Kategori Buku Sastera Dewasa, HSPM yang diwujudkan bertujuan memberi pengiktirafan bertaraf kebangsaan kepada penulis yang menghasilkan karya bermutu turut mempertandingkan kategori Karya Eceran, Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Kesusasteraan Remaja.


Sumber: IG maszlee & Berita Harian


Post a Comment

0 Comments