MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Faktor Tempat Kerja Yang Menyihatkan Minda


Tempat kerja atau pejabat atau seumpamanya adalah seperti rumah kedua kepada setiap individu yang bekerja, selama 8 jam atau lebih seseorang itu berada di tempat kerja setiap hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) bergantung kepada ketetapan kerja oleh majikan.

Oleh itu untuk menjadikan tempat kerja itu selesa dan disukai serta menjadi semangat untuk kita berkerja memerlukan beberapa faktor terutamanya minda.

Tempat kerja yang menyihatkan minda boleh meningkatkan :-
  1. Budaya tempat kerja yang positif.
  2. Meminimumkan risiko kesihatan mental di tempat kerja.
  3. Membantu individu yang mengalami masalah kesihatan mental yang sewajarnya.
  4. Mencegah diskriminasi (pilih kasih). 
Bagi menghasilkan persekitaran kerja dan minda yang sihat memerlukan perubahan, di antara perubahan tersebut adalah :-
  1. Bercakap secara terbuka tentang kesihatan mental di tempat kerja.
  2. Hormati orang lain dan raikan perbezaan.
  3. Memberi kerjasama mengikut polisi dan prosedur di tempat kerja.
  4. Kongsikan masalah pengalaman kesihatan mental anda sekiranya selesa dan bersedia.
  5. Berfikiran terbuka untuk mempelajari keadaan kesihatan mental dan pengalaman orang lain.
  6. Galakkan komunikasi terbuka apabila masalah timbul dan cuba mencari jalan penyelesaian.
  7. Sentiasa menjadi orang yang positif membuat sesuatu dengan ikhlas. Menjadi contoh dan galakkan kepada orang lain untuk terus bersikap positif.
  8. Beri sokongan kepada inisiatif yang ingin dicapai bagi tujuan meningkatkan taraf kesihatan mental di tempat kerja.
  9. Sentiasa menyatakan ketegasan sekiranya anda melihat kejadian buli,  gangguan peribadi atau diskriminasi.
  10. Fahami bagaimana tempat kerja dapat membantu anda dan bagaimana boleh mendapatkan bantuan sekiranya diperlukan.
Kesimpulannya tempat kerja yang selesa dan disukai membuatkan kita bersemangat untuk berkerja hasilnya minda menjadi sihat dan cerdas.

Sumber: KKM dan penulis sendiri 

Post a Comment

0 Comments