Ejen Ali (secara literal diterjemahkan sebagai
Agent Ali), adalah satu siri animasi Malaysia yang dihasilkan oleh Animasi WAU,
yang memberi tumpuan kepada budak lelaki yang secara tidak sengaja menjadi ejen
MATA selepas menggunakan Infinity Retinal
Intelligent System (IRIS), sebuah prototaip peranti yang dicipta oleh
Agensi Taktikal Meta Advance (MATA). I.R.I.S dikendalikan oleh isyarat neuro
yang membolehkan pemakai melakukan tindakan yang diprogramkan oleh komputer.
Selepas kejadian itu, Ali dan bapa saudaranya, Bakar bekerjasama dalam misi
M.A.T.A.
Siri ini diterbitkan dalam format HDTV dan
disiarkan pertama kali di TV3, pada 6 April 2016. Ejen Ali adalah siri animasi
pertama sebagai harta intelek Media Prima Berhad (MPB).
Selepas dua musim bersiaran di kaca televisyen,
siri animasi popular Ejen Ali akan menemui penonton serentak di pawagam tiga
negara bermula 28 November 2019.
Ejen Ali: The Movie ialah sebuah filem yang akan
ditayangkan di pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 28 November 2019.
Ia merupakan kesinambungan musim kedua siri Ejen Ali dan filem pertama yang
diterbitkan oleh WAU Animation atas arahan Usamah Zaid Yasin (Ketua Pegawai
Eksekutif).
Filem ini mengambil kos RM6 juta termasuk kos
promosi. Pasukan pembuatan filem yang terdiri daripada 80 pereka animasi dan
pelukis grafik tempatan. Penghasilan filem berkenaan menggunakan teknologi
digital yang berkualiti tinggi.
Filem Ejen Ali: The Movie yang mengambil masa
hampir dua tahun untuk disiapkan dan penaja utama filem ini adalah Tenaga
Nasional Berhad (TNB).
Lagu tema iaitu Bukalah Matamu nyanyian Aishah
Aziz serta Bunga dan Kita Jaga Kita oleh Altimet, Cuurley dan Malik Abdullah.
Dalam pada itu, beberapa siri jelajah dan
aktiviti mempromosikan filem Ejen Ali The Movie turut diadakan sepanjang
tayangan berlangsung. Terdahulu, filem edaran Primeworks Studios itu menjadi salah
satu daripada jenama animasi popular Asia yang berjaya meraih lebih 2 juta
penonton di TV3 serta mempunyai lebih daripada 1.4 juta pengikut di laman rasmi
YouTube.
Malah, sejak ditayangkan pada 2016, ia berjaya
meraih minat media antarabangsa dan berjaya menembusi siaran di lebih 50 negara
termasuklah rangkaian Disney Asia, Nickelodeon India, MNCTV Indonesia dan
AlMajeed TV di serantau Timur Tengah serta Afrika Utara.
Sumber: Wikipedia , Berita Harian & IG Ejen
Ali
0 Comments