Pada 21 Februari 2019
yang lalu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Malaysia telah mengumumkan untuk
mewujudkan Dasar Kebersihan Negara. Dasar ini merupakan inisiatif pihak
Kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersih dan mewujudkan
masyarakat yang membudayakan amalan kebersihan bermula pada tahun 2020 sehingga 2030.bagi menjamin kesejahteraan
hidup dan kelestarian alam sekitar. Kebersihan merupakan salah satu aspek
penting untuk mencapai taraf negara maju.
Dasar ini memfokuskan kepada lima (5) kluster ia itu :-
- Kesedaran Mengenai Kebersihan
- Kelestarian Alam Sekitar
- Ekonomi Kitaran
- Tadbir Urus Dan Penguatkuasaan
- Modal Insan Berkualiti Dan Berkemahiran
Dengan menyasarkan hasil dasar ini pada tahun 2030 diantaranya :-
- Perubahan minda dan sikap masyarakat tentang aspek penjagaan kebersihan diri, keluarga, komuniti dan alam sekitar.
- Pengurangan sisa dihantar ke tapak pelupusan dan peningkatan kadar kitar semula.
- Peningkatan penglibatan aktif komuniti, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pihak swasta dalam program - program dan inisiatif yang dilaksanakan.
- Peningkatan tahap kebersihan negara
- Penurunan kes penyakit bawaan vektor
- Pengukuhan tadbir urus pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam
- Pengurangan pencemaran alam sekitar
- Peningkatan kualiti Dan kemahiran pekerja dalam sektor pembersihan
- Pengurangan pembiayaan kerajaan bagi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.
- Sikap masyarakat yang tidak menjaga kebersihan.
- Persekitaran yang tidak bersih
- Penularan penyakit berjangkit dan penyakit bawaan vektor
- pencemaran alam sekitar.
- Meningkatkan kesedaran dan membudayakan amalankebersihan dalam kalangan masyarakat
- Meningkatkan kebersihan persekitaran dan kelestarian alam sekitar
- Menggalakkan inisiatif sisa sebagai sumber pendapatan(waste to money) ke arah ekonomi kitaran (circular economy)
-
Memperkasakan tadbir urus dan penguatkuasaan agarlebih cekap, berkesan dan berintegriti
0 Comments