Sempena Minggu Kesedaran Stres Sedunia, bermula pada 4 November 2019 sehingga 8 November 2019. Di ruangan ini di kongsikan serba sedikit maklumat berkenaan stres.
Stress adalah gangguan mental yang dihadapi seseorang akibat adanya tekanan. Tekanan ini muncul dari kegagalan individu dalam memenuhi keperluan atau keinginannya. Tekanan ini boleh berasal dari dalam diri dalam diri atau dari luar.
Stres akan menyebabkan gangguan emosi, masalah tingkah laku, perubahan personaliti yang akan mempengaruhi kesihatan mental.
Stres akan menyebabkan gangguan emosi, masalah tingkah laku, perubahan personaliti yang akan mempengaruhi kesihatan mental.
Seringkali stres dikaitan dengan kesan negatif, namun stres juga berpeluang menjadi kesan positif bergantung kepada seseorang individu tersebut mengatasi dan menyerapnya.
Berikut dikongsikan diantara punca - punca stres di tempat kerja:-
- Tidak mahir dengan Kerja
- Hasil kerja tidak dihargai
- Persekitaran tidak selesa
- Tiada keseronokan bekerja
- Kerap dimarahi tanpa sebab
- Rakan sekerja tidak membantu
- Beban kerja berlebihan
- Menangguh dan melenggahkan kerja
Bagaimana stres boleh berlaku kepada individu:-
- Diri sendiri - Kecewa - perasaan dikecewakan, keinginan tidak dapat dicapai.
- Keluaraga - Masalah Rumah Tangga - masalah kewangan dan tragedi.
- Pekerjaan - Prestasi Kerja - tidak naik pangkat atau dibuang kerja.
- Kesesakan Lalulintas - Trafik Jam - melibatkan kesabaran.
Tanda - tanda stres:-
- Letih keterlaluan
- Sakit kepala
- Suka menengking
- Hilang selera makan
- Hilang minat terhadap kerja
- Tidak cukup tidur
- Gelisah
- Cuba jauhkan diri
Berikut juga dikongsikan cara mengatasi stres:-
- Bertenang
- Bernafas dengan dalam sambil menghembusnya dengan perlahan-lahan.
- Memotivasikan diri dengan berkata sabar, bertenanglah dan seumpamanya.
- Beribadat perbanyakan amalan rohani seperti solat dan zikir serta banyak lagi.
- Bercakap dengan seseorang yang boleh dipercayai seperti kawan rapat.
- Beriadah.
- Berurut.
- Bersenam.
- Berehat dan mendengar muzik yang bersesuaian.
- Berfikiran positif.
Semoga bermanfaat kepada kita semua atas perkongsian diatas.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia dan Wikipedia.
0 Comments