MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Cara Mengatasi Masalah Mati Pucuk


Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkenaan Lelaki & Mati Pucuk atau dikenali bahasa sainstifiknya Erectile Dysfunction (ED) seperti berikut:-
  1. 9% mereka yangberumur diantara 40 hingga 44 tahun
  2. 12% mereka yangberumur diantara 45 hingga 49 tahun
  3. 18%  mereka yangberumur diantara 50 hingga 54 tahun
  4. 29% mereka yangberumur diantara 50 hingga 59 tahun
  5. 38% mereka yangberumur diantara 60 hingga 64 tahun
  6. 54%  mereka yangberumur diantara 65 hingga 70 tahun
Mati Pucuk atau dikenali bahasa sainstifiknya Erectile Dysfunction (ED)kerap tidak dilaporkan kerana tiada pemeriksaan rutin berkaitan masalah ini.

Risiko masalah mati pucuk meningkat bersama peningkatan umur. Masalah ini boleh menyebabkan pelbagai masalah sampingan seperti stress, hilang keyakinan diri dan menyumbang masalah hubungan suami isteri.

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada masalah ini adalah:-
  1. Insomnia (dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah).
  2. Kemurungan/Kecelaruan/Stress
  3. Penyakit NCD seperti Obesiti, Diabetis, Penyakit Jantung, Tekanan Darah Tinggi, Tinggi Kolestrol dan lain-lain
  4. Penggunaan alkohol/rokok/penyalahgunaan dadah
 Untuk mengelak masalah mati pucuk:-
  1. Berhenti merokok/hisap vape
  2. Mengawal dan mencegah penyakit NCD ( Penyakit tidak berjangkit)
  3. Uruskan stress dengan bijak
  4. Amalkan gaya hidup sihat dan aktif
  5. Bagi mereka yang muslim perbanykkan beribadah seperti Solat 5 Waktu, Membaca al-Quran, bersedekah dan amal kebaikan lain.
  6. Jauhi asap rokok  
  7. Berhenti minum alkohol
Oleh itu bermula dari sekarang elakkan amalan hidup kurang sihat, amalkan gaya hidup sihat , perbanyakkan membuat amalan ibadah kerana dalam amalanibadah yang dibuat ada pergerakkan yang mengekalkan kesihatan dan menjaga tubuh badan kita.

Semoga informasi ini bermanfaat kepada kita semua.

Seumber: KKM dan penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments