Nyamuk adalah serangga
tergolong dalam order Diptera; genera termasuk Anopheles,
Culex,
Psorophora, Ochlerotatus, Aedes, Sabethes, Wyeomyia, Culiseta, dan Haemagoggus untuk
jumlah keseluruhan sekitar 41 genus yang merangkumi 3,500 spesies. Nyamuk
mempunyai dua kepak bersisik ( scaled wings ), ( halteres ),
tubuh yang langsing, dan enam kaki panjang; bersaiz berbeza-beza tetapi jarang
sekali melebihi 15 mm.
Dalam bahasa Inggeris, nyamuk dikenali sebagai
"Mosquito", iaitu dari perkataan dalam bahasa
Sepanyol atau bahasa Portugis yang bererti lalat kecil.
Penggunaan perkataan Mosquito bermula sejak tahun 1583. Di England
nyamuk dikenali sebagai ( gnats ).
Dalam kebanyakan nyamuk betina, bahagian mulut
membentuk proboscis panjang untuk menembusi kulit
mamalia (atau dalam sesetengah kes burung atau juga reptilia
dan ( amphibians )) untuk menghisap darah. Nyamuk betina
memerlukan protein untuk pembentukan telur dan oleh kerana diet nyamuk terdiri
daripada madu dan jus buah, yang tidak mengandungi protein, kebanyakan nyamuk
betina perlu menghisap darah untuk mendapatkan protein yang diperlukan. Nyamuk jantan
berbeza dengan nyamuk betina, dengan bahagian mulut yang tidak sesuai untuk
menghisap darah. Agak pelik nyamuk betina daripada satu genus, Toxorhynchites, tidak
pernah menghisap darah. Larva nyamuk besar ini merupakan pemangsa kepada
jentik-jentik nyamuk yang lain.
Nyamuk melalui empat tahap yang jelas dalam
kitaran hayatnya: telur, larva, pupa, dan dewasa. Tempoh tiga peringkat pertama
bergantung kepada spesies - dan suhu. Culex tarsalis boleh melengkapkan
kitaran hayatnya dalam tempoh 14 hari pada 20 °C dan hanya sepuluh hari
pada suhu 25 °C. Sesetengah spesies mempunyai kitaran hayat sependek empat
hari atau sehingga satu bulan. Larva nyamuk dikenali sebagai Jentik-jentik
boleh di dapati di lopak atau sebarang bekas berisi air.
Jentik-jentik
bernafas melalui salur udara yang terdapat pada hujung ekor. Pupa biasanya
seaktif larva, tetapi bernafas melalui tanduk thorakis ( thoracic
) terdapat pada gelung thorakis. Kebanyakan jentik-jentik memakan
mikroorganisma, tetapi beberapa jentik-jentik adalah pemangsa bagi
jentik-jentik spesies lain. Sesetengah larva nyamuk seperti Wyeomyia hidup dalam keadaan luar
biasa. Jentik-jentik spesies ini hidup dalam air tergenang dalam tumbuhan
epifit ( epiphytic bromeliad ) atau di dalam air tergenang dalam pokok periuk kera.
Jentik-jentik spesies genus Deinocerites hidup di
dalam sarang ketam sepanjang persisiran pantai.
Sesetengah nyamuk mampu menyebarkan penyakit
protozoa (protozoan) seperti malaria,
penyakit (filarial) seperti filariasis, dan penyakit
bawaan virus seperti demam kuning, demam denggi,
encephalitis, dan virus Nil
Barat. Virus Nil Barat disebarkan secara tidak sengaja
ke Amerika Syarikat pada tahun 1999 dan pada tahun
2003 telah merebak keseluruh negeri dalam Amerika
Syarikat.
Berat nyamuk hanyalah 2 hingga 2.5 mg. Nyamuk mampu terbang antara 1.5 to 2.5
km/h.
Penghalau nyamuk biasanya mempunyai kandungan
aktif berikut: DEET, sulingan minyak Catnip - Nepetalactone, Citronella atau sulingan
minyak eucalyptus.
Nyamuk Aedes adalah pembawa penyakit Denggi, Zika dan Chikungunya dan berikut dikongsikan panduan atau cara-cara pencegahan Nyamuk Aedes:-
- Pastikan takungan air pada alas pasu bunga dibuang dan dibersihkan setiap minggu
- Tutup semua bekas penyimpanan air dengan rapat bagi mencegah nyamuk masuk dan bertelur
- Gantikan air dalam tempat takungan air seperti tempayan/kolam mandi setiap minggu dan berus bekas dengan bersih sebelum mengisi air baharu
- Periksa saluran bumbung rumah setiap minggu. Pastikantiada air bertakung dan tidak tersumbat.
- Pelihara ikan yang makan jentik-jentik seperti ikan gapi atau puyu di dalam tangka simpanan air yang besar
- Gunakan bahan pembunuh jentik-jentik dengan sukatan betul ke dalam bekas simpanan air setiap 3 bulan sekali
- Kumpul bekas plastic yang tidak digunalan untuk dikitar semula.
Kebanyakan kawalan nyamuk moden tidak
lagi bergantung kepada racun serangga merbahaya tetapi menjurus kepada
organisma
khusus yang memakan nyamuk, atau menjangkiti mereka dengan penyakit yang
membunuh mereka. Kaedah tersebut boleh digunakan walaupun di Kawasan Perlindungan,
seperti "Forsyth refuge" dan Seaview Marriott Golf Resort,
di mana kawalan nyamuk utama dilaksanakan dan dipantau menggunakan "killifish" dan belut muda.
Keberkesanannya didokumenkan dengan menggunakan mikroskop
maju bawah air seperti ecoSCOPE. Bagaimanapun, wabak penyakit
bawaan nyamuk masih menyebabkan penyemburan dengan bahan kimia yang kurang
beracun (toksik) berbanding yang digunakan pada masa lalu.
Pepatung ( Dragonfly ), juga dikenali sebagai helang
nyamuk ( mosquito hawks ), merupakan agen pengawal yang berkesan.
Larva Pepatung (naiads) memakan jentik-jentik dalam takungan air
sementara pepatung dewasa pula memburu dan memakan nyamuk dewasa, terutamanya nyamuk harimau asia yang
terbang pada waktu siang. Penyemburan nyamuk boleh memburukkan keadaan dan
meningkatkan populasi nyamuk dalam tempoh jangka masa panjang sekiranya
penyemburan itu menghapuskan pepatung dan pemangsa semulajadi yang lain.
Sumber: Wikipedia & Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Youtube
2 Comments
mantul
ReplyDeletegood
ReplyDelete