Memasak adalah aktiviti harian setiap mereka yang mempunyai rumah dan dapur adalah tempatnya, namun perlu di ambil berat faktor keselamatan apabila memasak. Disini di kongsikan informasi cara-cara mencegah kebakaran di dapur untuk manfaat bersama:-
Keselamatan
Kebakaran di Dapur
- Elak meninggalkan dapur semasa memasak
- Sentiasa awasi dan periksa masakan yang dimasak dengan alat pembakar seperti ketuhar
- Elakkan memasak jika mengantuk, pening atau setelah mengambil uabt-uabatan yang boleh meyebabkan mengantuk
Kebersihan
Dapur
- Elakkan pegang periuk, pembalut makanan, buku resepi & bahan-bahan mudah terbakar berhampiran atau diatas ruangan aktiviti memasak
- Pastikan rak dapur sentiasa bersih kotoran dari bahan massakan yang berminyak boleh disambar api
- Elakkan sebarang bahan mudah terbakar seperti langsir, tuala pembersih berdekatan dengan dapur memasak
Keselamatan
Litar Elektrik di Dapur
- Gunaka satu peralatan (jenis pemanas) bagi satu soket dalam satu masa
- Pastikan fius & pemutus litar direka diadakan bagi memutuskan aliran elektrik dari sumber kuasa sekiranya berlaku lebihan arus
- Pastikan rintangan dalam fius adalah sama seperti yang diperlukan bagi satu perkakas elektrik
- Ganti wayar yang pecah & terkoyak
- Sekiranya peralatan elektrik di dapur terlalu panas atau berasap, putuskan sambungan plug segera. Gantikan atau bawa peralatan tersebut untuk diperiksa.
Memadam
Kebakaran di Dapur
Kebakaran
Minyak
Jika kebakaran minyak berlaku dalam kuali atau periuk:
- Padamkan api dapur
- Tutup permukaan dengan tudung periuk
- Biarkan kuali atau periuk menjadi sejuk
- Buka penutup perlahan-lahan
Kebakaran
Oven atau Ketuhar
- Tutup sumber elektrik
- Ubah ke tempat terbuka/lapang
- Pastikan pintunya sentiasa tertutup
Sumber: Infografik Bernama
0 Comments