MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

BNM Kekalkan OPR 3.00 Peratus


Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 3.00 peratus.

Secara keseluruhan, pertumbuhan ekonomi Malaysia pada tahun 2019 dijangka tetap berada dalam lingkungan anggaran dan kadar pertumbuhan dijangka berterusan menjelang tahun 2020. Unjuran ini masih tertakluk pada risiko pertumbuhan akan menjadi lebih rendah, berpunca terutamanya daripada ketidakpastian dalam keadaan ekonomi dan kewangan global serta kelemahan dalam sektor berkaitan dengan komoditi.

Purata inflasi keseluruhan pada tahun 2019 dijangka rendah. Pada tahun 2020, purata inflasi keseluruhan dijangka lebih tinggi tetapi tetap kekal pada kadar yang sederhana. 

Pada kadar semasa OPR, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong kegiatan ekonomi. MPC akan terus menilai imbangan risiko terhadap prospek pertumbuhan dalam negeri dan inflasi untuk memastikan pendirian dasar monetari terus kondusif terhadap pertumbuhan yang berterusan dalam keadaan harga yang stabil.


Sumber :BNM

Post a Comment

0 Comments