Berita baik buat seramai 484,828 penerima Bantuan Persekutuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) apabila Timbalan Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi jaminan bahawa bantuan kewangan tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun penerima masing-masing bermula 7 November 2019 (Khamis) ini.
Kementerian juga memohon maaf atas kelewatan
pembayaran yang dibuat disebabkan masalah teknikal membabitkan prosedur
menurunkan peruntukan kepada agensi hingga mengganggu pemindahan ke akaun
penerima.
Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata "Peruntukan
sudah lulus tetapi nak masuk (kredit) ke dalam akaun mengalami masalah
teknikal, hingga menyebabkan kelewatan pembayaran dan beliau memberi jaminan
kelewatan pembayaran Bantuan Persekutuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
bagi November 2019 tidak akan berulang dan menambahbaik prosedur tersebut.
Kenyataan di atas dikeluarkan oleh beliau semasa menghadiri Perbincangan Meja Bulat dan Kelas Induk Mengenai
Industri Halal Anjuran Pusat Pengajian Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) dan
Bank Pembangunan Islam, di Putrajaya hari ini.
Sila klik untuk Skim Bantuan Kebajikan JKM
Sumber : Berita Harian, Bernama, Instagram drwanazizah, Youtube dan KPWKM
2 Comments
Bulan disember pon sama xmasuk2
ReplyDeleteHubungi 03-8000 8000 atau rujuk kepada pejabat JKM berdekatan.
ReplyDelete