Pada 18 November sehingga 24 November adalah Minggu Kesedaran Antibiotik Sedunia yang diraikan setiap tahun.
Antibiotik adalah bahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau merencatkan pertumbuhan bakteria. Antibiotik yang pertama ditemukan adalah Penecillin dan ia dihasilkan secara semulajadi oleh fungus yang ditemui oleh Alexander Fleming pada tahun 1938.
Dengan perkembangan bidang perubatan, lebih banyak antibiotik diwujudkan bagi menangani pelbagai jenis jangkitan bakteria.
Pemberian antibiotik adalah sebahagian rawatan yang diberikan serta telah menyelamatkan banyak nyawa.
Antibiotik hanya digunakan dalam rawatan jangkitan bakteria
Berpunca dari Bakteria - Fungsi Antibiotik membunuh atau merencat pertumbuhan bakteria sahaja.
Berpunca dari Virus - Fungsi Antibiotik tidak boleh membunuh virus dan tidak berkesan ke atas virus.
Antimicrobial terbahagi kepada 4 jenis iaitu:-
Fahami kegunaan antibiotik, selesma adalah jangkitan virus, bukan bakteria.

- Antibiotik (Rawatan jangkitan bakteria)
- Antiviral (Rawatan jangkitan virus seperti influenza, HIV)
- Antifungal (Rawatan jangkitan fungus seperti penyakit kaki Atlet (kutu air)
- Antiparasitik (Merawat jangkitan parasit seperti cacing, malaria)
Fahami kegunaan antibiotik, selesma adalah jangkitan virus, bukan bakteria.
Sempena Sambutan Minggu Kesedaran Antibiotik di abad ke-20 ini tertumpu kepada kesan penggunaan antibiotik terutamanya kerintangan antibiotik.
Kerintangan antibiotik adalah keadaan bakteria bermutasi dan antibiotik tidak lagi mampu membunuh bakteria. Ia berpunca dari penggunaan antibiotik yang tidak terkawal, berlebihan dan tidak tepat.
Menurut kajian kira-kira 700,000 kematian setahun disebabkan kerintangan antibiotik seluruh dunia berpunca dari penggunaan antibiotik yang tidak terkawal, berlebihan dan tidak tepat.
Sumber : KKM
0 Comments