Berikut dikongsikan informasi berkenaan anak-anak Rasulullah saw:-
- Al-Qasim bin Muhammad saw. Ibunya adalah Khadijah binti Khuwailid. Rasulullah saw menggunakan nama Al-Qasim sebagai kunyah (gelaran) iaitu Abul Qasim. Usianya hanya 2 tahun dan merupakan anak Rasulullah saw yang paling awal meninggal dunia dan dikebumikan di Mekah.
- Abdullah bin Muhammad saw. Ibunya adalah Khadijah binti Khuwailid dan dilahirkan kemudian daripada diturunkan wahyu atas baginda saw. Meninggal dunia ketika masih menyusu.
- Ibrahim bin Muhammad saw. Ibunya adalah Mariah Al-Qibtiyah. Usianya hanya lebih kurang setahun setengah sahaja dan meninggal dunia pada tahun yang ke sepuluh (10) hijrah dan dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’. Dinyatakan di dalam Sahih Bukhari ketika meninggal putera yang bernama Ibrahim bin Rasulullah saw bersabda : “Sungguhnya bagi Ibrahim ibu yang menyusukannya di dalam syurga”.
- Zainab binti Muhammad saw. Dialah anak Rasulullah yang paling sulung juga merupakan anak bagi Khadijah binti Khuwailid. Meninggal dunia ketika berusia dua puluh sembilan (29) tahun pada tahun ke lapan (8) hijrah dimana Rasulullah saw sendiri turun ke dalam kuburnya.
- Ummu Kalthum binti Muhammad saw yang ibunya juga adalah Khadijah binti Khuwailid. Ketika Ummu Kalthum dilahirkan usia Rasulullah saw ketika itu ialah tiga puluh empat (34) tahun. Beliau meninggal dunia pada tahun ke Sembilan (9) hijrah pada bulan Ramadhan.
- Ruqayyah binti Muhammad saw. Ibunya adalah Khadijah binti Khuwailid. Meninggal dunia pada awal tahun ke dua (2) hijrah pada hari Perang Badar ketika berusia dua puluh satu (21) tahun dan dikebumikan di Madinah Al-Munawwarah.
- Fatimah binti Muhammad saw juga dilahirkan oleh Khadijah binti Khuwailid. Ialah anak Rasulullah saw yang paling bungsu. Gelarannya ialah Fatimah Al-Zahra’. Digelar demikian kerana wajahnya sangat cantik dan berseri-seri kerana ada iras wajah Rasulullah saw. Meninggal dunia selepas enam (6) bulan baginda saw wafat iaitu pada tahun ke sebelas (11) hijrah. Ketika meninggal dunia Fatimah berusia dua puluh Sembilan (29) tahun dan Abu Bakar As-Siddiq r.a menyembayangkan jenazahnya dan kuburnya di tanah perkuburan Baqi’.
Dalam kesemua putera
dan puteri Rasulullah saw hanya Fatimah binti Muhammad saw seorang sahaja yang
meninggal ketika Rasulullah saw telah wafat. Solatullah Wasalamuhu Ala
Rasulillah saw wa alihi washabihi ajam’in.
Sekiranya informasi ini bermanfaat boleh dikongsikan bersama untuk pengetahuan bersama.
Sekiranya informasi ini bermanfaat boleh dikongsikan bersama untuk pengetahuan bersama.
Sumber: Instagram Ustaz
Azhar Idrus
0 Comments