Utusan Malaysia
merupakan sebuah akhbar berbahasa Melayu terbitan Utusan Melayu (M) Berhad atau
dikenali juga dikenali dengan nama Utusan
Melayu (Malaysia) Bhd (UMMB). Menurut laporan Audit Bureau of Circulations
(ABC) pada 2004 jualan harian akhbar Utusan adalah sebanyak 256,247 naskhah
tetapi pada 2009 jualan harian akhbar menjunam ke 169,548 naskhah.
Pada awal
penerbitannya, UMMB merupakan saluran utama penduduk Semenanjung Tanah Melayu untuk
menyuarakan pendapat mereka terhadap penjajah British dan ditulis menggunakan
tulisan Jawi. Kini ia telah dicetak menggunakan tulisan Rumi (Bahasa Melayu).
Beberapa agensi berita Malaysia telah melaporkan bahawa UMMB akan menutup
operasi pada 21 Ogos 2019 akibat masalah kewangan.
Kumpulan Utusan
telah diperbadankan pada tahun 1938 di Singapura sebagai Utusan Melayu Press
Limited. Akhbar sulungnya, Utusan Melayu, telah dilancarkan pada 29 Mei 1939.
Dengan menggunakan Jawi, iaitu tulisan Arab, akhbar tersebut dicetak di
Singapura dan memenuhi kehendak para pembaca yang celik Jawi di Tanah Melayu
jajahan British.
Pada tahun yang
sama edisi Ahad, Utusan Zaman telah diterbitkan. Utusan Melayu dan Utusan Zaman
berada di barisan hadapan pembangunan intelek-intelek nasionalis Melayu yang
kemudiannya telah melahirkan kepemimpinan politik yang berkesedaran tentang
persediaan untuk mencapai kemerdekaan.
Pada bulan
Februari 1958, lima bulan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun
1957, ibu pejabat Utusan Melayu telah dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur.
Di Kuala Lumpur, Utusan Melayu telah memperkukuhkan kedudukannya dan terus
memainkan peranan utama sebagai penyumbang aktif dalam pembangunan ekonomi,
sosial dan politik Tanah Melayu, yang pada tahun 1963 diperluaskan untuk
merangkumi wilayah yang lebih besar untuk menubuhkan negara Malaysia.
Pada tahun 1967,
Utusan Melayu telah diperbadankan sebagai sebuah syarikat berhad awam di bawah
Akta Syarikat, bernama UMMB. Sejak itu, syarikat ini telah berkembang maju
dengan amat pesat sehingga mencapai puncaknya dengan penyenaraian di Papan
Utama Bursa Saham Kuala Lumpur pada 1994.
Sehingga kini
Kumpulan Utusan bukan sahaja memberi tumpuan dalam penerbitan akhbar Utusan
Malaysia, tetapi juga Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad di samping
beberapa perniagaan media lain melalui anak-anak syarikatnya. Antaranya ialah
pengiklanan melalui Utusan Media Sales (UMES) dan Utusan Airtime, penerbitan
majalah (Utusan Karya), penerbitan buku (Utusan Publications &
Distributions - UP&D), percetakan (Utusan Printcorp) dan perkhidmatan
Online (Perfisio).
Di sebalik sejarah
dan kegemilangannya UMMB tidak terkecuali daripada menempuh cabaran dan dugaan
dalam mengharungi arus semasa terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 selepas
kekalahan Parti Barisan Nasional (UMNO dan kompenan parti politiknya seperti
MCA & MIC dan parti politik di Sabah & Sarawak). Cabaran terburuk UMMB
adalah ketika terpaksa memberhentikan separuh daripada pekerja iaitu sebanyak
800 staf melalui Skim Pemberhentian Kerja Sukarela (VSS) pada Disember 2018.
Pemberhentian yang bertujuan untuk mengurangkan kos operasi syarikat sekaligus
menyelamatkannya itu bagaimanapun gagal. Kemelut sebuah syarikat akhbar gah itu
terus terpalit kontroversi apabila pengurusannya gagal menunaikan pampasan
kepada bekas staf seperti dijanjikan. Peristiwa yang dianggap sejarah dalam
industri media itu sedikit sebanyak memalit prejudis terhadap UMMB yang
dianggap sebagai akhbar membela nasib orang-orang Melayu selama ini.
Pada 30 Jun 2019,
kerugian terkumpul Utusan Melayu berjumlah RM261.61 juta.
Selain gagal
membayar gaji kakitangannya, syarikat itu juga berdepan masalah menjelaskan
pampasan peserta skim pemberhentian kerja sukarela (VSS) yang dibuat secara
beransur-ansur sejak Disember 2018.
UMMB mula
disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada tahun 1994 dan saham
syarikat di dinyah senarai pada 30 Ogos 2019 dengan dagangan sahamnya (kod
5754) digantung, dengan harga dagangan terakhir pada 5.5 sen. Mengalami
kerugian sejak 2012, mencetuskan status Nota Amalan PN17 (PN17) pada Ogos 2019,
selepas ingkar atas pembayaran prinsipal termasuk keuntungan kepada Bank
Muamalat Malaysia Bhd dan Maybank Islam Bhd berjumlah RM1.18 juta.
PN17 merujuk
kepada syarikat-syarikat yang mengalami kesulitan kewangan.
Lembaga
pengarahnya berkata kumpulan itu tidak dapat memenuhi keperluan Bursa Malaysia
untuk meningkatkan status PN17 selepas mengambil kira kerugian yang ditanggung
dalam dua suku pertama 2019 dan kekangan aliran tunainya.
UMMB tidak dapat
mencari pelabur berpotensi untuk memulihkan kumpulan itu, terutama disebabkan
oleh liabilitinya yang besar.
Pada 7
Oktober 2019 UMMB melepaskan 70 peratus pegangan dalam anak syarikatnya Dilof
Sdn Bhd kepada Aurora Mulia Sdn Bhd. UMMB berkata pelepasan pegangan dalam
Dilof itu adalah untuk memastikan kesinambungan penerbitan kedua-dua akhbar
arus perdana itu.
"Ia
untuk memastikan akhbar Utusan Malaysia yang telah berusia 80 tahun tidak
dikuburkan dan akhbar Kosmo! yang berusia 15 tahun dapat diteruskan,". Dilof
merupakan anak syarikat 100 peratus milik UMMB yang kini merupakan pemegang
permit menerbitkan dua akhbar berbahasa Melayu berpengaruh iaitu Utusan
Malaysia dan Kosmo!.
UMMB kini
berhadapan dengan masalah aliran tunai dan pelaburan dalam Dilof akan
membolehkan suntikan kewangan daripada Aurora Mulia dan seterusnya memastikan
penerbitan kedua-dua akhbar ini dapat diteruskan.
Menurut UMMB,
Aurora Mulia dipilih kerana syarikat tersebut merupakan pemegang saham utama
Media Prima Berhad.
Pelaburan itu juga
bakal menyaksikan penggabungan jabatan-jabatan sokongan kepada penerbitan
beberapa jenama akhbar utama di negara ini seperti percetakan, pengedaran dan
pengiklanan.
Namun susulan masalah
kewangan yang dihadapi, akhbar bahasa Melayu tertua negara Malaysia Utusan Malaysia dan Kosmo! akan
menghentikan operasinya bermula 9 Oktober 2019.
Perkara itu
dimaklumkan oleh satu memo dalaman bertarikh 9 Oktober 2019 (hari ini). Menurut
memo itu, Pengerusi Eksekutif Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB) Abdul Aziz
Sheikh Fadzir berkata syarikat itu tidak lagi solven (mampu membayar hutang)
untuk meneruskan perniagaan, walaupun telah melaksanakan beberapa langkah untuk
menyelamatkannya.
Oleh
yang demikian, syarikat akan memberhentikan operasi berkuat kuasa pada Rabu, 9
Oktober 2019.
"Sehubungan
dengan itu, tarikh akhir bekerja tuan/puan telah ditetapkan pada Rabu, 9
Oktober 2019, manakala tarikh akhir perkhidmatan ialah pada Khamis, 31 Oktober
2019,".
“Pelbagai usaha telah dilaksanakan dengan
harapan untuk meletakkan syarikat kepada kedudukan yang lebih kukuh dan
terjamin.
“Antara langkah
yang diambil ialah menawarkan Skim Pemisahan Sukarela (VSS) yang menyaksikan
lebih 700 kakitangan melepaskan jawatan mereka.
“Ini merupakan
pemberhentian kerja berskala besar yang terpaksa dilakukan bagi kelangsungan
syarikat.
“Syarikat juga
telah berusaha dengan menjual aset-aset syarikat dan kumpulan untuk menampung
modal dan mendapatkan aliran tunai yang mencukupi,” katanya.
Bukan sahaja gaji
pekerja gagal dibayar mengikut masa, malah hutang juga tidak dapat dijelaskan
dan semakin tertunggak.
“Sehubungan itu,
Lembaga Pengarah Utusan telah pada 7 Oktober 2019 meluluskan cadangan
penggulungan sukarela pemiutang dan seterusnya meluluskan pelantikan UHY
Advisory (KL) Sdn Bhd sebagai Pelikuidasi Interim (Interim Liquidator),”.
Sumber : Bernama, Malaysiakini & penulis sendiri
0 Comments