Pakar ekonomi terkemuka Profesor Dr Jomo Kwame
Sundaram hari ini menggesa kerajaan Malaysia untuk mengutamakan pemberian
subsidi pengangkutan awam berbanding subsidi bahan api atau petrol.
Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperkenalkan mekanisme
subsidi petrol baru yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 2.86 juta
penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) serta golongan orang kurang upaya (OKU) di
Semenanjung Malaysia.
Program Subsidi Petrol (PSP) yang dilaksanakan
ini hanya terpakai di Semenanjung Malaysia tidak termasuk Sabah, Sarawak dan
Wilayah Persekutuan Labuan.
Bakal dilaksanakan mulai 1 Januari 2020, pelaksanaan
subsidi yang ini mengambil kira, harga petrol RON95 akan diapungkan mengikut
harga minyak mentah dunia.
Bagi pemilik kereta diberikan subsidi RM30 sebulan
dan motosikal RM12 sebulan.
Gesaan dari Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram agar pemberian
subsidi pengangkutan awam diutamakan adalah wajar dan perlu dipertimbangkan
oleh pihak kerajaan Malaysia kerana ini penting bagi membantu golongan bawahan
yang lebih banyak bergantung kepada kaedah pengangkutan awam dan tidak
dinafikan.
Sekiranya persoalan ditanya “Siapa yang lebih
banyak menggunakan bahan api? (Sudah pastinya adalah golongan) pemilik
kereta. Golongan pemilik kereta ini lazimnya dari kelas golongan pertengahan
berbanding golongan bawahan atau dikenali sebagai golongan B40 di Malaysia.
Mereka yang berpendapatan 20 peratus terendah
sebaliknya tidak memiliki kereta mahu pun motosikal dan hanya bergantung kepada
pengangkutan awam.
"Oleh itu, kerajaan Malaysia perlu meneliti
untuk memberi subsidi pengangkutan awam yang digunakan oleh 70 peratus rakyat
Malaysia," kata Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram kepada pemberita selepas mempengerusikan panel
perbincangan bertajuk ‘Growth and Development’ (Pertumbuhan dan
Pembangunan) pada Forum Megatrend Khazanah 2019.
Profesor Dr Jomo berkata demikian sebagai
mengulas langkah kerajaan memansuhkan mekanisme subsidi petrol sedia ada dan
secara berperingkat mengapungkan semula harga runcit petrol RON95 di Semenanjung
Malaysia mulai 1 Januari 2020.
Mengulas lanjut, Profesor Dr Jomo berkata:
“Kerajaan Malaysia telah cuba mengurangkan subsidi (bahan api) ini. Subsidi
bahan api di mana-mana negara hanya menguntungkan kelas golongan pertengahan
berbanding golongan bawahan."
Malaysia juga adalah antara negara yang mencatat
pemilikan kereta tertinggi di dunia dan kebanyakkannya dari golongan kaya dan
golongan pertengahan.
Profesor Dr Jomo yang juga Penasihat Penyelidik
Kanan di Institut Penyelidikan Khazanah berkata kerajaan juga perlu menimbang
peluang pertumbuhan atau pembangunan lainnya termasuk beralih kepada penggunaan
biodiesel.
Mengenai cadangan kerajaan meliberalisasikan sektor
tenaga, Profesor Dr Jomo berkata ini sejajar komitmen ke arah menggalakkan
penggunaan tenaga boleh diperbaharui yang sepatutnya diutamakan.
“Apabila projek penjana tenaga bebas (IPP) diberi
kepada syarikat, kebanyakannya menjana tenaga menggunakan diesel.
"Namun kini mereka menggunakan arang batu
iaitu satu langkah ke belakang kerana terdapat banyak bahan sufida dan sulfit
yang terlepas ke ruang udara dan menjejaskan kesihatan orang ramai,"
katanya.
Sumber
– Bernama & penulis sendiri
0 Comments