Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah
di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan
diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan
satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio
terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas
tanpa sebarang bayaran bulanan.
Adakah
saya perlukan set TV baharu untuk menerima siaran digital myFreeview?
- Set TV lama sudah mencukupi asalkan ia mempunyai sambungan masuk AV/HDMI yang boleh disambungkan kepada dekoder menggunakan kabel AV/HDMI.
- TV digital baharu yang mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM yang dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner) atau dikenali sebagai IDTV (Integrated Digital Television), boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder.
Apakah
kelebihan siaran digital myFreeview?
- Imej lebih tajam dan jelas dengan resolusi lebih tinggi.
- Bunyi yang berkualiti tinggi.
- Percuma - tanpa bayaran bulanan.
- Perkhidmatan TV interaktif seperti membeli-belah dari rumah dan video atas permintaan boleh didapati melalui sambungan internet pada masa akan datang.
- Penambahan perkhidmatan dan saluran TV pada masa akan datang.
- Kelebihan merakam program pada masa akan datang.
Adakah
saya boleh menerima siaran digital myFreeview sekiranya saya tinggal di
kondo/pangsapuri?
Perkhidmatan myFreeview boleh diterima apabila
aerial dalaman/aerial luaran UHF disambungkan kepada IDTV ataupun TV sedia ada
yang disambungkan dengan dekoder DVB-T2. Pihak pengurusan kondo/pangsapuri juga
boleh memasang Sistem TV Antena Utama (MATV - Master Antenna TV System) untuk
menerima siaran digital myFreeview.
Apakah
perbezaan menonton melalui Astro dan HyppTV?
Anda boleh menikmati saluran TV dan radio popular
di Malaysia secara percuma tanpa sebarang yuran langganan untuk perkhidmatan
myFreeview. Ia juga merupakan satu pilihan terbaik sekiranya anda tidak mahu
terikat dengan pakej langganan. Walaubagaimanapun program yang sedia ada tidak
sebanyak berbanding perkhidmatan TV berbayar seperti Astro dan HyppTV.
myFreeview akan menambah lebih banyak program pada masa hadapan.
Bolehkah
saya menggunakan dekoder DVB-T2 dan dekoder ASTRO pada TV yang sama?
Boleh, asalkan TV anda mempunyai terminal masuk
AV/HDMI yang mencukupi untuk kedua-dua dekoder.
Berapakah
kos bagi perkhidmatan siaran digital myFreeview?
Siaran digital myFreeview adalah PERCUMA dan
tanpa sebarang kos tersembunyi yang lain. Anda hanya perlu membayar sekali
sahaja untuk membeli IDTV baru atau dekoder DVB-T2 dan membayar yuran
pemasangan sekiranya anda perlukan bantuan pemasangan aerial luaran UHF atau
perkhidmatan penyelenggaraan.
Untuk makluman Penerima Set Dekoder Percuma adalah dari senarai B40 yang layak dan beralamat dalam kawasan liputan myFreeview.
Sumber: MYTV Broadcasting
0 Comments