Apakah
Program Subsidi Petrol (PSP)?
Program Subsidi
Petrol adalah inisiatif
Kerajaan untuk meringankan beban isirumah berpendapatan rendah
melalui pengagihan semula subsidi
petrol. Ia adalah satu
bentuk bantuan kewangan untuk
membantu rakyat membiayai
sebahagian kos penggunaan petrolnya. Prinsip bantuan yang
hendak disampaikan oleh Kerajaan ialah melalui pengagihan semula
subsidi yang saksama (equitable
redistribution) dan dasar berpandukan
data (data driven policy). Subsidi petrol sedia ada secara
pukal yang dinikmati oleh semua
orang tanpa mengira
kerakyatan dan pendapatan akan
diubah kepada golongan
sasar yang layak, iaitu
warganegara Malaysia yang sangat
memerlukan bantuan tersebut.
Kenapa
perlu ada Program Subsidi Petrol?
Pada masa
ini, harga jualan
runcit petrol RON95 yang dinikmati
oleh orang ramai adalah
dengan subsidi Kerajaan. Ini bermakna
setiap liter petrol RON95 yang dibeli, Kerajaan membiayai
subsidi supaya harga yang dibayar adalah pada kadar yang rendah, iaitu
RM2.08seliter. Harga sebenar
bagi petrol RON95 adalah
lebih tinggi dan
sentiasa berubah mengikut pasaran. Subsidi pukal
juga dinikmati oleh
mereka yang tidak layak
seperti warganegara asing, kumpulan berpendapatan tinggi
dan syarikat-syarikat
komersial. Kerajaan ingin membetulkan
keadaan yang tidak seimbang ini melalui
pengagihan semula subsidi yang
saksama dengan
memperkenalkan PSP.
khasnya kepada
golongan yang berpendapatan
rendah. Secara amnya, PSP adalah untuk mencapai objektif berikut:-
1.Mencapai UN
Sustainable Development Goal ke-12: Penggunaan
dan pengeluaran yang bertanggungjawab;
2.Mengurangkan impak
kepada kos sara
hidup dan membantu terutamanya kepada golongan berpendapatan rendah;
3.Mengurangkan
ketirisan subsidi petrol;
4.Mengurangkan beban
fiskal;
5.Menggalakkan perubahan tingkah
laku oleh pengguna seperti
penggunaan petrol yang
cekap, penggunaan pengangkutan awam dan menggalakkan tabungan.
Adakah
saya layak menyertai Program Subsidi Petrol?
Anda layak jika anda
memenuhi kriteria berikut:-
1.Merupakan penerima
BSH beralamat di Semenanjung Malaysia sahaja;
2.Memiliki kenderaan
persendirian yang
berdaftar dan mempunyai
Lesen Kenderaan Motor yang masih
sah;
3.Had pemilikan
kenderaan individu adalah
2 buah kereta dan 2 buah motosikal; dan
4.Kelayakan berdasarkan
kepada salah satu kriteria kapasiti enjin kenderaan seperti berikut:
i. Kereta <= 1,600cc
ii. Kereta > 1,600cc
dan berumur >= 10 tahun
iii.Motosikal <=
150cc
Apakah
asas penetapan kriteria penerima?
Salah satu objektif
Program Subsidi Petrol adalah untuk mengurangkan kos sara hidup bagi isirumah
berpendapatan rendah. Golongan berpendapatan rendah yang menerima BSH (pendapatan
isirumah RM4,000 dan
ke bawah) dan memiliki
kenderaan dikenal pasti sebagai
golongan yang layak
menerima subsidi petrol.
Penetapan had pendapatan
dan pemilikan kenderaan diperlukan untuk
meminimumkan ketirisan dan
memastikan Kerajaan kekal bertanggungjawab dan berhemat dalam
pengurusan fiskal negara.
Saya
adalah penerima BSH dan memiliki kereta yang mempunyai kapasiti enjin melebihi
1,600cc. Adakah saya layak?
Sekiranya usia
kereta adalah kurang daripada10 tahun,anda tidak layak menerima
subsidi petrol. Namun, jika usia
kereta adalah 10
tahun dan ke atas anda layak.
Saya
adalah penerima BSH dan memiliki motosikal dengan kapasiti enjin melebihi150cc.
Adakah saya layak?
Sekiranya usia
motosikal adalah kurang daripada 7 tahun, anda tidak layak menerima subsidi
petrol. Namun, jika usia motosikal adalah 7 tahun dan ke atas anda layak.
Bila
dan bagaimanakah saya akan menerima subsidi petrol?
Subsidi petrol
akan dikreditkan ke
dalam akaun bank anda pada suku
pertama tahun 2020 dengan jumlah subsidi
bagi tempoh 4
bulan iaitu Januari hingga April 2020. Bagi kereta
sebanyak RM120 dan motosikal
sebanyak RM48.
Saya
adalah penerima yang layak. Tetapi saya tidak mempunyai akaun bank.
Bagaimanakah saya boleh menerima subsidi saya?
Anda hendaklah
membuka akaun bank
dan mengemaskini maklumat tersebut dalam portal di www.psp.kpdnhep.gov.my
bermula 15Oktober2019.
Berapakah
jumlah subsidi yang akan saya terima?
- Kadar subsidi adalah sebanyak RM30 sebulan bagi pemilik kereta atau RM12 sebulan bagi pemilik motosikal, terhad kepada salah satu kadar yang lebih tinggi.
- Individuyang mempunyai lebih daripada satu kenderaan hanya layak menerima subsidi untuk satu kenderaan sahaja mengikut kadar yang lebih tinggi.
- Sebagai contoh, seorang bapa yang memiliki dua kereta dan dua motosikal untuk kegunaan isteri dan anak-anaknya hanya layak menerima bantuan subsidi petrol maksimum RM30 sebulan. Bagi individu yang memiliki dua motosikal hanya layak menerima bantuan subsidi petrol maksimum RM12 sebulan.
Kereta/motor
saya tidak ada cukai jalan. Adakah saya layak menerima subsidi?
Anda layak menerima
subsidi petrol jika kenderaan anda mempunyai cukai jalan yang sah belum tamat
tempohnya.
Saya
adalah OKU/pesara. Adakah saya layak mendapat subsidi petrol?
Anda layak
jika anda adalah
penerima BSH dan memiliki
kenderaan mengikut kriteria yang ditetapkan.
Saya
adalah penerima BSH tetapi tidak mempunyai kenderaan. Adakah saya layak?
Subsidi petrol
ini dikhususkan kepada
penerima BSH yang memiliki
kenderaan mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
Kenapa
subsidi petrol dihadkan pada RM30 sebulan untuk kereta dan RM12 sebulan untuk
motosikal?
Penentuan kuota bulanan
subsidi petrol sebanyak 100 liter sebulan bagi pengguna kereta dan 40 liter
sebulan bagi motosikal
adalah berpandukan kepada kajian jarak
perjalanan yang lazim
ke tempat kerja dan keperluan harian yang selainnya sejauh 1,500 kilometer
sebulan atau 50 kilometer sehari. Kadar
subsidi yang telah
ditetapkan bagi kedua-dua jenis
kenderaan ialah sebanyak RM0.30 seliter,
iaitu julat kadar
subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan melalui subsidi
pukal pada masa ini.
Saya memerlukan bantuan
petrol setiap bulan. Kenapa saya hanya menerima secara terkumpuluntuk setiap
empat bulan?
Secara pentadbiran,
jumlahnya adalah kecil untuk dimasukkan ke adalam akaun penerima sebanyakRM30
pada setiap bulan. Di samping itu, Kerajaan ingin menggalakkan simpanan oleh
penerima.
Benarkah
data TNB digunakan untuk menentukan kelayakan penerima subsidi petrol?
Tidak. Kriteria
penerima hanya berdasarkan kepada Data BSHdan Data
JPJ yang memenuhi syarat yang
telah ditetapkan.
Mengapa
tidak jumlah subsidi dikreditkan ke MyKad kami untuk kegunaan langsung di
stesen minyak?
Cadangan penggunaan
kad untuk penyampaian subsidi memerlukan
penambahan keperluan
infrastruktur dan perubahan
operasidi stesen minyak.
Perubahan ini akan melibatkan tambahan kos dan
mengambil masa yang lebih panjang sebelum program ini dapat
dilaksanakan. Kajian yang diterbitkan oleh Cambridge University Press pada Ogos
2018 telah menunjukkan bantuan tunai
merupakan kaedah terbaik
bagi membantu golongan
berpendapatan rendah.
Apa
yang berlaku jika harga petrol RON95 lebih rendah daripada RM2.08seliter?
Adakah saya masih mendapat subsidi saya?
Subsidi tidak akan
diberikan sekiranyaharga petrol RON95 berada di bawah RM2.08 seliter. Objektif subsidi
adalah untuk membantu
rakyat apabila harga petrol tinggi. Oleh itu, subsidi tidak diberikan
apabila harga petrol berada pada kadar yang berpatutan.
Saya
telah menggunakan duit subsidi saya untuk bulan Januari 2020. Bolehkah saya
meminta supaya bayaran subsidi berikutnya dibayar lebih awal?
Tidak, subsidi
yang diperuntukkan bagi
setiap individu dihadkan bagi tempoh
yang tetap iaitu empat bulan. Ketetapan ini jugabagi
memastikanjumlah subsidi adalah adil dan untuk mengelakkan penggunaan petrol
yang berlebihan.
Bagaimanakah
saya menyemak status kelayakansaya?
Status kelayakan boleh
disemak melalui portal di psp.kpdnhep.gov.mybermula 15 Oktober 2019.
Sekiranya
semakan mendapati saya tidak layak, bolehkah saya membuat rayuan?
Ya, anda boleh membuat
rayuan melalui portal di www.psp.kpdnhep.gov.my
apabila permohonan rayuan dibuka kepada penerima BSH yang tidak layak. Kategori rayuan
merangkumi pengemaskinian pemilikan
kenderaan atau alamat rumah.
Adakah
harga RON95 terus ditetapkan pada RM2.08 seliter?
Harga petrol RON95 akan
dikekalkan pada RM2.08 sehingga 31 Disember 2019. Bermula tahun 2020,
harga petrol RON95
akan diapungkan secara berperingkat (gradual) sehingga
setara dengan harga pasaran. Semasa
tempoh pengapungan semula harga jualan runcit
petrol RON95 secara
berperingkat ini, semua orang
masih menikmati subsidi
petrol secara pukal, namun subsidi ini adalah pada kadar yang lebih
kecil.
Kenapa
rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan tidak menerima subsidi petrol?
Kerajaan mengambil
kira keperluan penduduk
di Sabah, Sarawak dan
WP Labuan yang kebanyakannya menggunakan kenderaan
berkapasiti enjin yang
besar dan menggunakan diesel. Oleh itu, rakyat di
Sabah, Sarawak dan WP Labuan
dikecualikan daripada pelaksanaan Program Subsidi
Petrol dan pengapungan
harga jualan runcit petrol RON95. Di samping itu, terdapat juga
penggunaan petrol di Sabah dan Sarawak untuk bot kecil dan genset di rumah panjang.
Bagi tujuan ini,
rakyat di Sabah, Sarawak dan WP Labuan menikmati
subsidi petrol RON95 secara pukal pada harga runcit semasa iaitu pada kadar
RM2.08 seliter. Sehubungan
dengan itu, bantuan tunai
Program Subsidi Petrol
hanya diberi kepada penerima
BSH di Semenanjung Malaysia sahaja.
Harga barangan akan
meningkat apabila harga petrol RON95 diapungkan. Apakah tindakan yang akan
diambil oleh KPDNHEP bagi mengatasi masalah ini?
Sekiranya terdapat
kenaikan harga yang
tidak munasabah
(pencatutan), orang awam
boleh melaporkan kepada saluran
aduan KPDNHEP melalui talian
1800-886-800, aplikasi telefon pintar EzADU,
portal e-aduan dan whatsapp KPDNHEP 019-2794 317
atau hadir ke
mana-mana pejabat KPDNHEP yang
terdekat. Penguatkuasa KPDNHEP akan
menjalankan siasatan
berdasarkan aduan yang
diterima dan boleh diambil
tindakan sebagai mana
yang diperuntukkan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.
Kenapa
Kementerian mengambil masa yang terlalu lama untuk melaksanakan program ini?
Berpegang kepada
prinsip pengagihan semula subsidi yang
saksama (equitable redistribution of subsidy) dan dasar berpandukan data (data driven policy), KPDNHEP
memerlukan data yang tepat, lengkap dan terkini daripada
pembekal data yang utama, iaitu BSH dan JPJ.
Analisis dan kajian ke
atas data yang diterima perlu dilakukan
dengan teliti bagi
mengenal pasti penerima PSP yang
betul-betul layak.
Sebarang
pertanyaan sila kemukakan kepada :-
Bahagian
Pengurusan Subsidi Petroleum Kenderaan
Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri
dan
Hal Ehwal Pengguna
Aras
2, (Menara), No. 13,
Persiaran
Perdana, Presint 2,
Pusat
Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62623
Putrajaya.
Malaysia
Atau melalui:-
0 Comments