Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memohon lebih banyak syarikat korporat untuk tampil memberikan sumbangan sempena Kempen Tabung Pahlawan 2019.
Lazimnya hanya syarikat korporat yang berurusan dengan Kementerian Pertahanan yang menghulurkan sumbangan dan kini Kementerian Pertahanan menggalakkan dan mempelawa syarikat korporat yang tidak berurusan secara langsung dengan Kementerian Pertahanan, tampil menyumbang.
Keamanan negara Malaysia hari ini bukan hanya dikecapi beberapa pihak, ia dikecapi oleh semua lapisan masyarakat, sewajarnya Tabung Pahalawan ini diisi bagi membantu veteran ATM yang memerlukannya kerana mereka berhak untuk dihargai sebagai jasa membalas pengorbanan yang telah mereka lakukan dalam menjaga keamanan dan kedaulatan negara.
Bagi merancakkan program Tabung Pahalawan 2019 ini, pihak Veteren ATM telah menjalankan program "Kutipan Jalanan" bertujuan untuk mendekatkan Veteran ATM dengan masyarakat dan bukannya kutipan dana.
Bagi merancakkan program Tabung Pahalawan 2019 ini, pihak Veteren ATM telah menjalankan program "Kutipan Jalanan" bertujuan untuk mendekatkan Veteran ATM dengan masyarakat dan bukannya kutipan dana.
Melalui program ini masyarakat boleh berinteraksi dengan Veteran ATM sambil berkongsi cerita pengalaman semasa dalam perkhidmatan dan menyemai semangat patriotisme di kalangan masyarakat Malaysia.
Sekiranya ada kanak-kanak menyumbang 10 sen pun dalam program ini, pihak ATM menghargai, kerana perasaan untuk menghargai Pahalawan Negara.
Untuk mengetahui lebih lanjut dan menyumbang kepada Tabung Pahlawan 2019, orang ramai boleh melayari Portal Kempen Tabung Pahlawan di http://tabungpahlawan.jhev.gov.my
FAEDAH
MENDERMA
Sumbangan kepada Tabung
Pahlawan di atas nama Tabung Rayuan Pahlawan dikecualikan dari cukai pendapatan
sejak tahun 1950.
Hasil kutipan Tabung
Pahlawan dibelanjakan secara telus dan berhemah.
Akaun Tabung Pahlawan
diaudit oleh Juru Audit Bertauliah pada setiap tahun dan lapuran audit
dimajukan kepada LHDN yang mengeluarkan kelulusan pelepasan cukai dan PDRM yang
mengeluarkan permit kutipan.
Sumbangan kepada Tabung
Pahlawan dapat diterjemahkan sebagai penghargaan kepada Veteran ATM
(Pahlawan-Pahlawan Negara) yang telah berkorban tenaga, keringat dan darah
dalam menjaga dan mengekalkan kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara dari
ancaman musuh.
Di bawah disertakan No. Akaun Affin Bank bagi tujuan menderama ke Tabung Pahalawan 2019
Ke mana wang hasil derma Tabung Pahalawan 2019 di belanjakan, berikut di kongsikan maklumat tersebut:-
Sumber: BERNAMA & JHEV
0 Comments