MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Imam Solat Tidak Memakai Kopiah atau Songkok atau Serban

 

Soalan:

Apakah hukumnya seorang imam yang solat ia bersama para jemaah tanpa memakai kopiah?

Jawapan:

Memakai penutup kepala bagi lelaki di dalam solat tidak wajib samada ia imam atau makmum atau yang soalt seorang diri.

Hukum memakai penutup kepala seperti serban atau kopiah hanyalah sunat sahaja dan bukannya wajib atau syarat sah solat. Cuma seorang imam itu afdhal ia memakai penutup kepala seperti serban atau kopiah ketika solat.

Berkata Imam Nawawi :

" Dan disunatkan bahawa seorang lelaki itu solat dengan memakai pakaian yang terbaik yang ia ada dan memakai serban."

kitab Raudhath At-Thalibin

Berkata Imam A-Buhuti:

"Dan disunatkan bagi lelaki dan lebih afdhal lagi kalau imam kerana ia ikutan orang dikalangan para jemaah yang bersolat mengikutnya bahawa memakai ia akan dua atau yang sepertinya dari kerana sesungguhnya Rasulullah saw adalah baginda seperti demikian itu. Telah menyebutnya oleh Al-Mjadi pada syarahnya."

Kitab Kasyful Qina

Berkata Mufti mesir dalam himpunan Majlis Fatwa Negeri Mesir: 

Disunatkan menutup kepala dalam solat bagi lelaki dengan serban atau yang sepertinya dan lebih dituntut sunatnya itu atas yang menjadi imam.

Maka menutup kepala di dalam solat itu bukan daripada rukun-rukun solat. Dan sah solat tanpa menutup kepala akan tetapi menutup kepala itu setengah dari keelokkan yang berpahala pemakainya dan tidak berdosa jika tidak memakainya.

Wallahua'lam...

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Post a Comment

0 Comments