MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

e-dompet atau e-wallet


Dompet elektronik atau e-wallet/e-dompet memungkinkan para pengguna untuk melakukan transaksi jual-beli elektronik secara cepat dan mudah. 

E-wallet bertujuan untuk menggantikan dompet fizikal agar pengguna tidak perlu membawa dompet atau beg tangan ke mana-mana seperti melancong dan membeli secara tidak langsung aspek keselamatan pengguna ditingkatkan, mengelak dari risiko di rompak atau wang tercicir.

Dompet elektronik berfungsi hampir sama dengan dompet saku. Dompet elektronik pertama kalinya diakui sebagai sebuah kaedah untuk menyimpan wang dalam bentuk elektronik, namun kemudian menjadi terkenal kerana kesesuaian dalam urusan transaksi jual beli bagi pengguna Internet untuk menyimpan dan menggunakan informasi berbelanja secara  (online).

Kerajaan Malaysia dan negara-negara luar juga menerima dan mempraktikkan kaedah ini dalam urusan jual beli, pelancongan dan perniagaan. Dompet Elektronik merupakan layanan elektronik untuk menyimpan data peralatan pembayaran untuk melakukan transaksi pembayaran melalaui telefon pintar secara debit. 

Perkembangan dunia internet yang semakin maju mendorong penggunaan dompet elektronik sebagai alat transaksi yang lebih efisien. ini terbukti dengan banyaknya website-webisite e-comerce yang menggunakan dompet elektronik sebagai alat transaksinya. Ada beberapa layanan dompet elektronik yang kini banyak digunakan dalam transaksi online diantaranya ialah paypal yang merupakan dompet elektronik yang paling banyak digunakan dalam transaksi online. Dan pelopor muncul layanan dompet elektronik lainnya seperti Perfect Money, Skrill, Liberty Reserve, Neteller, Payza, OKpay, Egopay, Solid Trust, dan lain-lain.


Faedah – faedah menggunakan dompet elektronik atau e-wallet/e-dompet:-
  • Memudahkan dan mempercepatkan transaksi pembayaran di kaunter pembayaran
  • Mengurangkan membawa wang berbentuk fizikal dalam jumlah yang banyak
  • Menjimatkan masa, tenaga dan kos dan tidak perlu ke mesin Auto Teller Machine (ATM) untuk mengambil wang.
  • Setiap pembayaran menggunakan e-wallet mendapat diskaun dan wang terhadap barangan/perkhidmatan yang dibayar.
  • Menyimpan rekod perbelanjaan, menjimatkan penggunaan resit dan memudahkan resit dicetak jika diperlukan.
Cabaran penggunaan e-wallet/e-dompet
  • Memerlukan capain internet dan peralatan telefon pintar, transaksi tidak dapat dilakukan sekiranya ini tiada
  • Risiko penipuan dan jenayah siber berlaku
Berikut dikongsikan senarai e-wallet masa kini dan digunakan di Malaysia dan negara dunia diantaranya:-
  1. Touch n Go
  2. Boost
  3. Fave
  4. Grab
  5. Ipay88
  6. WeChat Pay
  7. BigPay
  8. Paypal
  9. Dan banyak lagi…
Aplikasi e-dompet Grab, Touch n Go, Boost dan Fave adalah antara aplikasi paling aktif digunakan di Malaysia sejak dua tahun lalu sehingga tahun ini 2019.

Satu penyelidikan yang dijalankan oleh App Annie Intelligence, platform analisis dan data mudah alih bersama-sama iPrice Group, platform agregator di Asia Tenggara, aplikasi Grab menerajui aplikasi yang paling aktif digunakan.

Iprice satu kenyataan hari ini berkata, ia adalah aplikasi paling banyak dimuat turun.
“Bagaimanapun, tidak seperti aplikasi mudah alih lain, Grab dikategorikan sebagai aplikasi hebat, menggabungkan perkhidmatan perjalanan, makanan, penghantaran dan perkhidmatan lain di bawah satu aplikasi,” katanya.

Sementara itu, e-dompet Touch n’ Go menduduki tempat kedua bagi aplikasi paling kerap dimuat turun pada suku ketiga 2019.

Iprice berkata melihat kepada prestasinya pada tahun-tahun sebelum ini, e-dompet Touch n’ Go merupakan antara aplikasi pembayaran mudah alih yangberkembang pantas di negara ini.

Aplikasi e-dompet mempunyai lebih daripada lima juta pengguna berdaftar buat masa ini.
Kajian itu dijalankan untuk menganalisis aliran e-dompet terpenting dan penggiat utama di Malaysia pada masa ini, bagi menyokong visi negara sebagai negara tanpa tunai seperti dinyatakan dalam pembentangan Belanjawan 2020 baru-baru ini.

Penggunaan e-dompet di Malaysia berkembang pantas sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan peningkatan pertumbuhan yang dipacu oleh usaha kerajaan dan pemasaran aktif oleh pelbagai syarikat.

Dengan kadar penembusan Internet yang tinggi iaitu 80 peratus dan penembusan telefon pintar sebanyak 63 peratus, unjuran bagi pembayaran digital dan eDompet menyaksikan peluang cerah pada 2020 dan di masa akan datang.

Selain itu, Boost yang dilancarkan pada 2017 dengan sokongan Axiata Group pula kekal konsisten sebagai satu daripada e-dompet terkemuka di Malaysia.

Ketika ini e-dompet berada di kedudukan ketiga bagi kategori pengguna bulanan paling aktif dan jumlah muat turun di Malaysia pada suku ketiga 2019 dengan mempunyai lebih 61,500 rakan niaga dan lebih 3.5 juta pengguna.

Menurut iPrice,dalam kajian tersebut, Fave kekal sebagai penggiat terkemuka bagi e-pembayaran dengan menduduki tempat keempat bagi aplikasi paling aktif digunakan.

“Bagaimanapun, tidak seperti aplikasi lain, FavePay tidak mengklasifikasikan dirinya sebagai e-dompet secara ekslusif berbanding agregator pembayaran lain yang membolehkan pengguna menggunakan kad kredit, kad debit atau e-dompet dalam aplikasinya,” katanya.

Fave yang ketika ini mempunyai lebih empat juta pelanggan dalam rangkaiannya menunjukkan potensi cerah untuk menjadi aplikasi hebat di rantau Asia Tenggara.

Sumber: Wikipedia & BERNAMA





Post a Comment

0 Comments