Basikal
Basikal atau kereta angin ialah
sejenis kenderaan
berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat
pertama kali di Eropah
pada abad ke-19,
basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada
hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000 di seluruh dunia pada hari ini,
basikal memberikan satu cara pengangkutan
yang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan rekreasi
yang popular di kawasan yang lain.
Basikal ialah salah satu daripada rekaan
manusia
yang ketara. Bentuk dan tatarajah asas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat
duduk, dan hendal tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai
pertama diperkembangkan di sekitar 1885, walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah
dibuat, khususnya kebelakangan ini, dengan menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk berbantu komputer.
Kendaraan ini telah memberikan kesan yang penting
terhadap sejarah dalam alam budaya dan perindustrian.
Pada awalnya, pembinaan basikal mempergunakan teknologi
yang sedia ada; pada masa kebelakangan ini, teknologi basikal sebaliknya telah
menyumbang kepada bidang-bidang yang lebih baru.
Namun sekiranya basikal ini disalahguna dan
diubahsuai sehingga menyebabkan kesalahan dan melanggar peraturan yang ditetapkan
oleh sesebuah kerajaan yang terkandung dalam undang-undang adalah tidak wajar
dan boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya.
Sejak akhir-akhir ini Malaysia memandang serius isu
berkenaan “Basikal Lajak” kerana melibatkan keselamatan dan nyawa manusia.
Basikal Lajak
Timbalan
Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata basikal lajak iaitu
basikal yang diubah suai sehingga mendatangkan bahaya kepada penunggangnya dan
pengguna jalan raya yang lain sememangnya haram berada di atas jalan raya.
Ciri-Ciri Basikal Lajak
Ciri-Ciri Basikal Lajak
Perundangan/Peraturan
Jabatan
Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) secara dasarnya mempunyai peruntukan Kaedah-Kaedah
Lalulintas 1959 yang memberikan kuasa kepadanya untuk menilai “Basikal Lajak”
sebelum sebarang tindakan diambil.
Dalam
peraturan JPJ, setiap basikal yang berada di atas jalan raya hendaklah dikayuh
secara beriringan, bersopan serta tidak melulu. Sesebuah basikal mestilah
bersifat secara menyeluruh atau sempurna iaitu perlu mempunyai brek, loceng,
lampu, rantai serta tayar yang bersesuaian.
Oleh
itu, basikal yang dikayuh di atas jalan raya tanpa secara beriringan boleh dikenakan
tindakan undang-undang.
Polis DiRaja
Malaysia Malaysia (PDRM)
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Polis
DiRaja Malaysia (PDRM) mengklaskan atas kesalahan mengikut Peraturan 42(1)(a)
LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959 kerana ubahsuai tiada brek dan loceng.
Bagi kesalahan ini boleh dikenakan hukuman denda
sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan, jika sabit kesalahan.
Tangkapan dan sitaan basikal dibuat mengikut
Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut dijalankan
mengikut Peraturan 42(1)(a) LN 166/59 Kaedah-kaedah Lalu Lintas 1959.
Ini
kerana perbuatan mengubahsuai basikal (Basikal Lajak) bukan saja memberi risiko
kepada penunggangnya, malah kepada pengguna jalan raya lain.
Langkah Kerajaan
Malaysia
Satu
jawatankuasa khas perlu ditubuhkan di peringkat kementerian berkaitan bagi
mengkaji trend penggunaan basikal lajak dan langkah penyelesaiannya. Selain
kempen yang agresif untuk mencegah kanak-kanak dan remaja bermain basikal lajak
ini di tempat awam.
Ahli
Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata, kerajaan
perlu memberi perhatian berat terhadap isu ini kerana ia membabitkan
keselamatan nyawa agar kejadian insiden
sama tidak berulang lagi.
Sejarah Kejadian/Insiden
Pada Oktober 2019 Mahkamah Majistret Johor Bahru
melepaskan dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu
secara melulu hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18
Februari 2017.
Majistret Siti Hajar Ali membebaskan Sam Ka Ting,
24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan itu selepas pihak
pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes
pendakwaan.
Walaupun ada pihak yang menyuarakan ketidakpuasan
hati terhadap keputusan mahkamah itu, namun perlu diakui bahawa ia dibuat
berdasarkan fakta dan perundangan.
Keputusan itu memberi implikasi yang amat luas
dan seharusnya membuka mata pihak berkuasa untuk meningkatkan penguatkuasaan,
selain ibu bapa supaya lebih mengawasi anak mereka.
Tanggugjawab
para Ibu/Bapa/Penjaga & Masyarakat
- Ibu bapa mesti mencegah anak mereka daripada bermain basikal lajak, terutama di kawasan tumpuan lalu lintas, selain tidak memberi kebenaran kepada membuat pengubahsuaian basikal.
- Orang ramai yang melihat aktiviti basikal lajak di jalan raya boleh mengambil video atau gambar menggunakan telefon pintar dan menyalurkan maklumat itu kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
- Penglibatan masyarakat terhadap kempen kesedaran yang dilaksanakan bahayanya Basikal Lajak haruslah disokong dan memberikan kerjasama dalam mencegah gejala ini.
Jika berlaku kemalangan, ibu bapa tidak boleh
lepas tangan dengan mengatakan ia di luar kawalan mereka kerana menjadi
tanggungjawab ibu bapa mengingatkan anak-anak mengenai undang-undang serta
kawasan berbahaya bagi aktiviti yang dibuat oleh anak-anak mereka. Sekiranya
pihak polis mengesan aktiviti tersebut dan tangkapan dibuat remaja yang
terlibat boleh ditahan dan dibawa ke balai polis manakala ibu bapa mereka akan
turut dipanggil.
Penjelasan dari Datuk Azisman Alias, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman. Tindakan boleh diambil terhadap ibu bapa berkenaan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.
Seksyen itu memperuntukkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk ibu bapa atau penjaga membiarkan anak-anak tanpa pengawasan yang berpatutan di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebehi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali.
Penjelasan dari Datuk Azisman Alias, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman. Tindakan boleh diambil terhadap ibu bapa berkenaan mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.
Seksyen itu memperuntukkan bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk ibu bapa atau penjaga membiarkan anak-anak tanpa pengawasan yang berpatutan di mana jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebehi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber: Bernama, Berita Harian dan penulis
sendiri
0 Comments